Arkib untuk Oktober, 2008

Ketika saya di ajak rakan-rakan sekampung untuk menonton filem ini, saya membayangkan bahawa orang yang akan menonton filem ini sudah pastilah di kalangan orang-orang Kelantan dan sedikit dari negeri-negeri pantai timur yang lain. Rupa-rupanya tekaan saya tepat sekali. Bunyi riuh rendah suasana di dalam bilik tayangan dengan hilai tawa dan bunyi gurauan dalam dialek Kelantan oleh sebahagian penonton cukup membingitkan bilik tayangan itu. ”Haa, tok amareka la saing nga budok sejid!”, Kadangkala, terdengar juga ajukan salah satu babak dalam filem tersebut di ulang-ulang oleh mereka.

 

Filem arahan Wan Azli Wan Jusoh serta terbitan Ahmad Puad Onah ini mengisarkan tentang kisah hidup seorang pemuda Kelantan yang tinggal merantau di Kuala Lumpur. Watak utama lakonan seorang pengajar di pusat kebudayaan Universiti Malaya ini dengan nama Jaha (Adzhar),(Mohd Asrulfaizal) serta di gandingkan dengan watak Buchek lakonan Danny Xfactor dan Nor lakonan Bienda ini turut memaparkan kisah cinta dan pengorbanan.

 

Walau bagaimana pun, pandangan stereotaip perihal masyarakat Kelantan turut di paparkan oleh pengarah. Saya memerhati dengan penuh tanda tanya apabila watak Jaha ini di gambarkan sebagai seorang yang sangat jahat, perompak, penyamun, penghidu gam dan ubat batuk, kaki perempuan, perogol, pedagang wanita dan kaki pukul. Ya! Hampir segala sifat-sifat gedebe di gambar sebagai sangat sinonim dengan orang Kelantan. Apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh pengarah?

 

Paling mengejutkan saya, salah satu babak di mana Jaha serta rakan-rakannya ingin merogol Ana (Watak mangsa rogol) di lakukan di sebalik ayat-ayat suci Al Quran tergantung di dinding! Masya Allah! Seolah-olah satu penghinaan yang cukup dasyat di hadapan ayat-ayat suci Nya meskipun alasan yang di berikan adalah sekadar lakonan. Tidak cukup lagikah penghinaan terhadap Islam yang di lakukan di dalam Filem Gubra? (more…)

22 Oktober lalu, India, sebuah Negara yang menduduki antara ranking kemiskinan tegar tertinggi di dunia telah melancarkan misi pertamanya ke bulan tanpa manusia dengan mengikut jejak pesaingnya, dari China dan Jepun. (UM/21/10/08).

Chandrayaan-1 merupakan pesawat angkasa lepas berbentuk kuboid yang direka khas oleh Pusat Organisasi Penyelidikan (ISRO) telah berlepas dari Pusat Angkasa di selatan India pada 6.20 pagi (8.50 pagi waktu Malaysia) dan telah memasuki orbit bulan selepas 16 jam penerbangan, mengikut laporan saintis.

Dalam keghairahan Kerajaan kita di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melancarkan kempen kesedaran untuk menarik minat golongan muda terhadap penerokaan bidang sains angkasa ini, timbul satu persoalan tentang keseriusan kerajaan dalam membangunkan bidang yang belum pernah di terokai Negara sebelum ini. (more…)

Jaguh Dan Juara

Posted: Oktober 26, 2008 in Sukan dan Rekreasi

“Apa daa..!buat habis masa aku je!” ,”Santhianathan, bek ko ajar player Malaysia ni tarian ballet lagi bagus laa”, “Sepak penalty pun tak masuk! Poo dah!”. Ini antara rangkuman komen peminat yang mengharapkan kemenangan BESAR skuad bola sepak negara. Ternyata, bukan sahaja hampa bahkan rasa menyampah dan mual dengan keputusan yang sudah biasa di capai oleh skuad negara dalam perlawanan final Pestabola Merdeka menentang skuad REMAJA Vietnam itu.

 

Biasalah, hanya 130 minit sahaja komen yang positif bertukar negatif. Jika sebelum perlawanan, para peminat cukup yakin dengan kemampuan pasukan negara rentetan kemenangan besar tidak kurang daripada 4 gol sepanjang perlawanan apatah lagi benteng gol negara tidak pernah di robek sebagaimana perlawanan semalam, namun selepas perlawanan, apa lagi yang mampu di kata, pastilah cacian dan makian di terima. (more…)

Sakit itu Rahmat

Posted: Oktober 24, 2008 in santai

Musim bah dan tengkujuh tiba lagi. Kali ini di saat kebanyakan warga mahasiswa dalam persiapan menghadapi peperangan besar di dewan peperiksaan bulan hadapan. Sebagaimana biasa, iklim sesumpah terjadi lagi. Amat sukar meramal bilakah waktunya hujan dan bilakah waktunya panas. Kadangkala panasnya cukup terik dan kadangkala hujannya cukup lebat. Hatta ahli kaji cuaca terhandal di dunia sekalipun tidak akan mampu meramal waktu hujan dan panas dengan tepat. Maha Suci Allah yang mengatur sistem kitaran ini dengan cukup menakjubkan. Jauh menjangkaui secebis pengetahuan manusia!

 

Demam, selsema dan batuk. Wah! Satu set pakej lengkap di uji Allah untuk saya dalam suasana peperiksaan ini. Bukan bertujuan menagih simpati, namun terfikir di dalam hati betapa sakit yang di anugerahkan ini bukanlah satu musibah bahkan ianya satu Nikmat yang cukup berharga!

 

Apa tidaknya, semakin berat badan menanggung derita, semakin dekat hati mengingati Nya. Terfikir sejenak, barangkali sudah lumrah manusia hanya mengingati Tuhan di saat sukar dan derita. Namun, Tuhan sesekali tidak pernah menzalimi hambaNya yang hina.

 

Lingkungan kesakitan dan penderitaan ini sebenarnya adalah medan terbaik untuk mentarbiyah keimanan lantas mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Ya! Maka apa lagi yang di risaukan. Bersyukurlah atas Rahmat kesakitan! Thank you Allah!

Tamat sudah berita kg berembang, muncul pula isu kemanusiaan di Kg.Plentong Tengah, Johor Bharu. Kampung yang mempunyai keluasan kira-kira 113 ekar itu di buka untuk penempatan rakyat di percayai di bangunkan 25 hingga 30 tahun yang lalu. Dengan hampir 310 buah rumah di diami oleh majoriti orang Melayu, jumlah penduduknya di anggarkan mencecah 2000 orang.

 

Tragedi perobohan rumah-rumah penduduk kampung tersebut yang bermula pada jam 10 pagi, 16 Oktober lalu benar-benar menyayatkan hati saya. Apa tidaknya, rayuan seorang ibu, sambil mengendong anaknya, orang-orang tua serta anak-anak kecil bagaikan suara vakum yang tidak memberi apa-apa perasaan belas kepada pihak berkuasa dan pihak pemaju untuk menimbangkan semula permintaan penduduk kampung agar kediaman tercinta mereka tidak di robohkan. (more…)