Filem Budak Kelantan : Suatu Pandangan Stereotaip

Posted: Oktober 31, 2008 in Hiburan

Ketika saya di ajak rakan-rakan sekampung untuk menonton filem ini, saya membayangkan bahawa orang yang akan menonton filem ini sudah pastilah di kalangan orang-orang Kelantan dan sedikit dari negeri-negeri pantai timur yang lain. Rupa-rupanya tekaan saya tepat sekali. Bunyi riuh rendah suasana di dalam bilik tayangan dengan hilai tawa dan bunyi gurauan dalam dialek Kelantan oleh sebahagian penonton cukup membingitkan bilik tayangan itu. ”Haa, tok amareka la saing nga budok sejid!”, Kadangkala, terdengar juga ajukan salah satu babak dalam filem tersebut di ulang-ulang oleh mereka.

 

Filem arahan Wan Azli Wan Jusoh serta terbitan Ahmad Puad Onah ini mengisarkan tentang kisah hidup seorang pemuda Kelantan yang tinggal merantau di Kuala Lumpur. Watak utama lakonan seorang pengajar di pusat kebudayaan Universiti Malaya ini dengan nama Jaha (Adzhar),(Mohd Asrulfaizal) serta di gandingkan dengan watak Buchek lakonan Danny Xfactor dan Nor lakonan Bienda ini turut memaparkan kisah cinta dan pengorbanan.

 

Walau bagaimana pun, pandangan stereotaip perihal masyarakat Kelantan turut di paparkan oleh pengarah. Saya memerhati dengan penuh tanda tanya apabila watak Jaha ini di gambarkan sebagai seorang yang sangat jahat, perompak, penyamun, penghidu gam dan ubat batuk, kaki perempuan, perogol, pedagang wanita dan kaki pukul. Ya! Hampir segala sifat-sifat gedebe di gambar sebagai sangat sinonim dengan orang Kelantan. Apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh pengarah?

 

Paling mengejutkan saya, salah satu babak di mana Jaha serta rakan-rakannya ingin merogol Ana (Watak mangsa rogol) di lakukan di sebalik ayat-ayat suci Al Quran tergantung di dinding! Masya Allah! Seolah-olah satu penghinaan yang cukup dasyat di hadapan ayat-ayat suci Nya meskipun alasan yang di berikan adalah sekadar lakonan. Tidak cukup lagikah penghinaan terhadap Islam yang di lakukan di dalam Filem Gubra?

 

Benar, filem ini turut memaparkan watak baik, lakonan Danny, namun ianya turut menggambarkan bahawa sikap orang Kelantan yang mudah terpengaruh dengan tipu daya. Sebenarnya, pada pandangan peribadi saya, tiada masalah jika kritikan terhadap sesebuah masyarakat itu di berikan, namun dalam perspektif yang lain, ianya turut menggambarkan kepada masyarakat negeri-negeri lain lebih-lebih lagi kepada mereka yang anti-kelantanese bahawa inilah sebenarnya hakikat masyarakat Kelantan.

 

Sebenarnya, masyarakat Kelantan cukup terkenal dengan orangnya yang suka merantau. Bahkan, cukup ramai di kalangan anak-anak Kelantan yang menjadi ”somebody2” yang cukup berjaya. Tidak kurang juga melahirkan tokoh-tokoh ilmuan serta para alim ulama’ yang terkenal di negara ini. Tokoh-tokoh usahawan dan ahli perniagaan usah di pertikaikan lagi.

 

Sebagai anak Kelantan, terdapat beberapa babak yang kurang saya persetujui di dalam filem ini, antaranya adalah babak di mana Buchek dengan mudahnya menyerahkan kekasihnya Nor kepada sahabatnya Jaha semata-mata dengan harapan dapat membantu Jaha untuk kembali berubah. Maksudnya di sini, Buchek mengorbankan cinta nya kepada Nor hanya kerana seorang sahabt sekampungnya yang entah belum tentu mahu berubah atau tidak.

 

Selain itu, kisah cinta tergantung antara Buchek dan Lee Chen Chen, seorang wanita berbangsa cina juga menimbulkan keraguan. Susunan lagu dan kesinambungan antara jalan cerita juga cukup membelitkan fikiran. Entahlah, naik pening juga bila cuba memikirkan intipati sebenar filem ini.

 

Walau bagaimanapun saya mengucapkan syabas dah tahniah kepada Sdr Wan Azli kerana berani mencuba sesuatu yang baru dan meletakkan filem Budak kelantan sebaris dengan filem-filem yang bersifat kenegerian seperti nana tanjung dan sebagainya.

 

Mungkin kita menantikan Filem Budak Kelantan 2 yang lebih memaparkan sikap dan peribadi sebenar masyarakat Kelantan. Amaran keras juga harus di berikan berkenaan babak-babak yang cukup sensitif yang boleh di anggap sebagai menghina agama Islam. Mudah-mudahan penilaian serta garapan cerita akan lebih adil dan telus serta lebih memberikan manfaat kepada penonton.

 

P/S: Saya masih ternanti-nanti filem tempatan versi Islamik yang boleh mencapai tahap Box-Office!

Advertisements
Komen-komen
  1. crewUM says:

    sy mcm setuju cket dgn sikap kelantanese yg byk gedebe.bkn sy menuju scra melulu ttp atas bukti,ahli keluarga baru dlm big family sy seorg y gedebe n slalu memarahi@mmukul isterinya.sehinggakan family sy spt x mahu lg@takut bmenantukan kelantanese..

    Kata Tetuan:

    Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 🙂
    Firman Allah:
    “Verily the most honoured of in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you”
    Al-Hujuraat,13.

  2. crewUM says:

    tp masalahnye skrg..sy da jatuh hati dgn kelantanese!
    sy cuba reject perasaan tu,tp semakin sukar.die mmg baik, tp xtau la maybe die x tnjukkn lg gedebe nye tu,tkut jgk..sy dpt rasakan yg family sy xnak terima lg kelantanese

  3. crewUM says:

    ade org mberitahu sy,”org kelantan ni kalu jahat mmg jahat sgt,kalu baik mmg baik sgt”
    sy cume mampu berdoa yg dia berada pd golongn yg baik tu..moga die benar2 seorg mukmin yg boleh mjadi pemimpin@penyejuk kpd sy n keluarga sy.peristiwa yg belaku dlm family benar2 mberi effect kpd sy n family
    Sy mntk maaf la,sy tau y ni bkn blog utk cintan,tp as a kelantan boy tlg la bg advise or penyelesai kpd mslh sy ni…tlg

  4. crewUM says:

    ats peristiwa2 yg berlaku diatas,.mslh yg merunsingkn diri sy adalah..sy da jtuh hati pd kelantanese!
    sy cube reject peraaan tu..tp smakin sy nk buang,smakin sy ingat die.sy meneliti die seorg yg baik tp xtau la maybe die blum tunjuk gedebe nye tu..tu yg takut.sy dpt rasekn family sy xnak terima org kelantan lg..so as org kelantan,kalu rase nk mbersihkn pemikiran buruk sy pd kelantanese..silakanlah

  5. adam says:

    kalau nak kawin tu selidik la dulu, kena hati2 memilih pasangan. negeri mana pun sama ja. saya doakan si dia tu adalah dari yang baik2. disebalik org2 kelantan yang ‘tak baik’ tu, masih ramai lagi orng kelantan yang baik2. keluarga saya pun ramai yang kawin dengan ‘org luar’.kat kampung saya juga, ramai juga yang bermenantukan ‘org luar’. saya tengok ok jer..

  6. iman sufia says:

    nanti nak gi tengok

  7. Bayan says:

    Saya tidak fikir soal Kelantan atau tidaknya seseorang itu. Pengalaman berkawan dengan manusia dari pelbagai negeri membuatkan saya menerima hakikat bahawa manusia itu ada baik dan buruk, tidak kira ia dari Kelantan atau dari mana-mana negeri pun. Semua sama. Mengapa mesti ada sentimen bahawa masyarakat negeri Kelantan ‘gedebe’ sedangkan kejahatan atau keburukan tidak mengenal siapa.

  8. America.. America.. (Ceh..)

  9. crewUM says:

    mslhnye..perangai org kelantan ni pelik sket..,curtain sikap y pelik tu sy teliti hnye tdpt kat org kelantn jer..4 n exmple.skap bpuak2 ??
    mcmne kalu sy terime die nt..die still bpuak dgn org klantan jgk n ssh nk msuk dgn fmily@org kg sy?
    dat’s wat happen in my family

  10. crewUM says:

    so cmnne Bayan? ne idea
    by d way,tanx ADAM 4 ur advice

  11. dr2nasuha says:

    assalamualaikum.Sy setuju dgn Bayan.Baik dan buruk tidak bergantung dari mana asalnya seseorang itu.Org yang lahir kat Amerika tak semestinya jahat dan org yang lahir kat Mekah x semestinya baik,betul x?.

  12. adam says:

    sikap berpuak2 ?? lihatla dari sudut positif. saya rasa ‘org luar’ salah anggap terhadap sikap berpuak org kelantan. saya merantau sudah lebih 10 thn, hampir separuh m’sia,(tok tahu bilo la buleh kelik kapung hehe). dari pengalaman saya, apabila saya susah@perlu bantuan, org yang banyak membantu saya ialah org negeri saya sendiri(bukan saya menafikan bantuan org bukan kelantan). adakah ini dikatakan berpuak2?
    *aku tak pernah memandang serong org negeri lain (ramai kawan rapatku bukan orng kelate), tapi kenapa…kenapa?? kenapa kami selalu dipandang serong oleh orng yang tak mengenal hati budi kami?
    uhuk…sadis la plak hehe

  13. hardyweb says:

    aku tunggu filem “Budok Ganu” plok .. sapa nak arah filemnih . angkat tangan ..

  14. cahayamataku says:

    salam…..saya ni anak kelantan, tapi membesar kat kl…jgn la judge org kelantan just bdasarkan apa yg kita lht kat sesetengah org kelantan je…kalu dalam research(one of my subject),,teori 2 xblh pakai…hehe…bukan nak back-up org kelantan, tp org asyik nampak yg buruk2 pasal org kelantan cz diorg xpernah tgk dr sudut yg positif….sy sendiri prnh alami perkara mcm ni dgn kwn dr selatan yg xnak kwn ngn sy just because sy org kelantan….ish,x adil betul….xtau la cm ne mentaliti ni blh wujud…padahal bukan semua org kelantan ni teruk2….cbe tgk dato NC kita (org kelantan tuu), tok pa (kelate jugok)..n ramai lg la if sy mention kat cni xcukup page plak…hehe…hope kepada yg sentiasa berfikiran negatif terhadap org kelantan, cba la ubah persepsi 2…bkn semua org kelantan jahat….mcm ape yg dr2nasuha ckp 2….lagipun, ini bukan satu keuntungan kepada m’sia kalu rakyatnya bersikap mcm nie…nyway, i’m proud to be kelantanese and proud to be malaysian too….:-)

  15. crewUM says:

    sadis ke adam?? alamak maaf la ye org2 kelantan…
    doakan sy bhagia jika sy dtakdirkn btemu jodoh dgn org kelantan

  16. hasifmuslim says:

    Saya doakan saudara/i crewUM akan di permudahkan jodoh saudara/i dengan lelaki/wanita yang beriman dan berakhlak mulia InsyaAllah. Sama ada orang Kelantan atau mana-mana negeri tidak apa. Yang penting, keimanan dan ketaqwaan akan menitipkan rumahtangga yang sakinah dan solehah. Ameen. 🙂

  17. cik R... says:

    salam..
    hahha,isu lama dh dibangkitkan,,,maybe la…hmmm,ustaz kitorg masa kat matrix dlu pernah ckp,kita kena terima smthing seadanya ia dgn baik…xperlu tgk sape yg menyampaikan..kalo bnda tu baik kena terima la…contoh..kita mkn je la telur ayam tu selagi telur tu kita dpt ngn cara halal n masih baik,tnpa kita pkir n pkir dari mana ‘datangnya’ ia…hmm,bila byk2 pkir,forsure xlalu nk mkn, ye tk??hahaaa….(notes:ayat lbh kurg apa yg dimaksudkan oleh ustaz muda wali…hasif sempat kenal tk??)

    so,dlm bab ni..kwn je la ngn sape2…xkira dari negeri mana dorg dtg…jgn nilai seseorg ngn nilaian yg sama seperti org lain..masing2 ada peribadi sendiri…apapun,carilah shbt yg baik mg2 kebaikan dia tu x sikit,byk yg kita dpt..insyaAllah..wallahu’alam…

    Kata Tetuan:

    Saya bersetuju pandangan cik r.. .Em,dahulu KMKulim ya?rindu zaman menuntut ilmu dengan ust. muda wali dahulu. Tetap tersimpan dalam memori indah saya di KMK dahulu.

  18. BokBong says:

    Assalamualaikum. Kenapa perlu dibangkitkan tntang isu kelantanese dlm soal cinta. Tak kira manusia datang dari lubuk mana, yang penting keikhlasan. Dan of coursela kalau nak kawen ngan orng, cek la dulu latar belakang dia. Tak semestinya asal orang kelantan je, terus cop jahat. Ini mengundang kemarahan. Tak kenal maka tak cintakan. Kalau dah kenal, kompem memang gilakan orng kelantan.

    Ingin saya perbetulkan, sentimen gedebe yang cuba ditonjolkan dlam cerita Budak Kelantan secara totalnya adalah salah. Gedebe dalam istilah hakiki bahasa kelantan lebih kepada orng yang berpengaruh dan terkenal TETAPI masih boleh bertolak ansur dlm sumer aspek. Bukannya jumpa orng terus pukul, ajak lawan ataupun bunuh terus. Itu bukan istilah sebenar maksud gedebe. Salah pemahaman tu. Sifat yang cuba diterangkan susur galurnya dalam filem tersebut lebih kepada sifat samseng ataupun yang lebih tepatnya HAMLA. Itu yang sebetulnya maksudnya. Jangan main hentam shaja (buat orng yang bikin filem dan seangkatan dengannya).

    Satu lagi cuba saya tekankan, kenapa perlu di”emphasize”kan tentang keburukan muda mudi negeri kelantan. Bnyk lagi muda mudi negeri lain yang perlu difokuskan. Jangan terlampau awal menjatuhan hukum mengatakan yang orng kelantan tu jahat. Cuba dulu belaja untuk memahami isi hati masyarakat. Insyaallah, kalau saudari saudari datang ke kelantan, rasanya hati saudara saudari semua pasti samada nak datang lagi ataupun terus tinggal kat sana.

    Saya selaku anak jati kelantan berbangga dilahirkan sbagai anak kelantan. Dan saya percaya, sesiapa pun akan terguris atau marah kalau sentimen kenegerian dipermainkan tanpa usul periksa dan kajian yang mendalam. Cuba buktikan dgn kajian ilmiah dan juga actual statistik/indeks jenayah di negeri masing2 dahulu. Lepas tu, barula nak berbunyi.

    Akhir kata. Assalamualaikum.

    Kata Tetuan:
    Saya bersetuju dengan pandangan saudara. Banyak aspek yang perlu di ambil kira dalam pembikinan sesebuah filem. Mudah2an jika ada filem Wayang yang akan di tayangkan nanti tidak akan mengulangi kesilapan sebagaimana yg terdapat dalam filem Budak Kelantan.

  19. cahayamataku says:

    saya sokong BokBong…:-)

  20. cik R... says:

    slm…
    akak sokong gak pndapat cahayamataku yg sokong bokbong,hehehe….(lama xdgr perkataan bokbong..;p)
    ..hmmm,tp bila ada org nk komen pasal negeri kita atau papepun,kita dgr je dlu luahan di,maybe disebalik tu sbnrnya ada kisah…apapun,mg2 kita bertindak ngn akal yg rational,hati yg xde hasad n ada iman penunjuk jln,insyaAllah…wallahu’alam…

    p/s:hasif,blog xupdate eh??nti jgn lupa update ye lps exm ni..xsbr ngn entry baru..insyaAllah..all d best!!

  21. YOU CAN TRace Me says:

    salam..you know something..dont ever we hate sumthing@sumone deeply..remember Allah will test us one day, we gonna love that most hated things…so i am..so i have the experience..we dont judge the book by its cover,we dont need to take the BAHASA@BUDAYA@TELOR KELATE as the weakness of not positively think about KELANTAN..i am sure..about pepatah melayu,TAK KENAL MAKA TAK CINTA..see the river first not the dam..cause the river is the real water sources..not the dam that only the “perception’ in searching the real origin of water..same goes to Orang Kelantan=river.wasalam.

  22. army says:

    sy cdgkan, filem- yg beraksi silat hndklah di perhidupkan kn kmbali agar warisan seni ini tidak dilupakan,,,,,,bdasarkan pemerhatian yg saya buat,,,,filem-filem kita pda zaman ini kebiasaanye meniru filem2 barat,,,,,,,memang sepatutnye kita kna peka dengan keadaan sekeliling,,,,akan tetapi jangan lah biarkan filem filem warisan kita seperti silat ditelang zaman,,,dan satu lagi pelakon seperti eman manan dan pelakon 2 yang pernah terlibat dengan filem persilatan pada ketika dahulu hendaklah diaktifkan kembali,,,,,dengan ini warisan ini dapat dikekalkan,,,,,ingat asal usul kita,,,,,,,,,,harap diberi pertimbangan,,,

    Kata Tetuan:
    Insyaallah..saya cuba bawakan perkara ini kpd Datuk Farid tv3, mane tahu filem tentang martial art silat boleh di ketengahkan. P/S: rindu kepada semutar hitam. Heheh

  23. Jlo says:

    Tak kira negri mna pn suma sama je..
    dl sye ad bf org sabah tp jahat juga
    then skg ni ngn org kelantan…
    hope hbugn sye n org kelantan tu 4ever…
    takde la jahat sprti yang d fikirkan
    mana pn asal nrgri kita suma sama
    masing2 mau ingat la

    Kata Tetuan:
    Betul tu. bak kata nabil..lu pikir la sendiri.:)

  24. sidicious says:

    setuju dengan bokbong..

  25. drol says:

    bini aku orang kelantan, sebelum kahwin cita-cita nak kahwin dengan orang orang luar kelantan. lelaki kelantan apa kelas. last-last, kahwin dengan aku, orang kelantan jugak. hahaha

    nak kira gedebe, aku gedebe jugak, ramai berenti jalan kalau aku lalu, tapi tak pernah pun aku jentik sesiapapun walaupun bini aku.

  26. anti kelantan says:

    Memang bukan semua kelantanese itu berperangai buruk tetapi majoriti mereka suka memecah belahkan orang melayu.

    Kita tahu ramai kelantanese merempat kat negeri melayu lain untuk mencari rezeki. Itu kami tidak kisah kerana kita sama-sama islam berusaha mencari rezeki yang halal. Tetapi yang menjadi permasalahan ialah mereka ini suka berpuak-puak dan memecah belahkan orang melayu di negeri yang mereka merempat tersebut.

    Sebagai contoh, di Sepang sebuah kawasan perumahan berdekatan dengan KLIA. Bagaimana kelantanese ini memecah belahkan orang melayu selangor di kejiranan melayu ini. Mereka hidup berpuak-puak dan membawa ideologi ISLE yang suka menabur fitnah, mengumpat menghina orang melayu lain. Sebelum mereka merempat disini rakyat selangor hidup aman tanpa ada perbalahan politik tetapi apabila kehadiran geng-geng merempat ini wujudnya perpecahan orang melayu! Saya juga berasa hairan bagaimana SPNB memberi peruntukkan rumah paling ramai si golongan merempat ini dan tidak mengutamakan anak watan selangor!

    Di Damansara Damai juga begitu, geng-geng merempat ini menyebar dakyah membuat ceramah mempengaruhi rakyat selangor untuk mengikut ideologi KUNO kelantan mereka. Bagaimana mereka menggantung bendera-bendera parti politik di rumah di papan tanda di atas pokok. Geng merempat ini yang menyebabkan perpecahan umat islam di negeri yang mereka merempat tersebut!

    Di Shah Alam juga situasi sama berlaku. Bagaimana Geng merempat ini memecah belahkan rakyat Shah Alam. Mereka bersekongkol dengan geng merempat mereka menyewa dewan untuk memberi ceramah (bukan ceramah tetapi lebih kepada mengutuk orang) mereka sengaja create perbalahan politik sesama melayu islam. Mereka akan melabelkan orang yang tidak menyokong mereka sebagai KAFIR!

    Di negeri-negeri melayu lain juga sama situasinya geng merempat ini memecahkan umat islam dengan cara menyebarkan dakyah dan ideologi KElantan mereka. Di Johor juga sama seperti di Batu Pahat berdekatan dengan UTHM bagaimana puak ini mahu memecah belahkan melayu islam johor dengan menyewa premis khas untuk puak dia sambil menyebarkan dakyah ideologi sesat mereka. Bagaimana premis mereka dilekatkan bermacam-macam poster dan kenyataan yang mahu memburukkan pemimpin Johor.

    Di Perak juga sama, kita lihat geng-geng merempat ini mempengaruhi rakyat Perak untuk menderhaka kepada sultan.

    Memang tidak salah jika saya menggunakan Tajuk ini iaitu dimana ada kelantanese disitu ada perpecahan orang melayu islam.

    Secara peribadi, saya ingin mengajak saudara betul ke mereka ini perjuangkan ISLAM? Atau perjuangkan PUAK mereka?

    Mengapa begitu banyak peruntukkan PPRT di bandar KL dan selangor banyak diberikan kepada PUAK ini? Sedangkan mereka ini suka menghentam kerajaan dan suka memecah belahkan orang melayu.

    Atau mereka ini sebenarnya mahu menguasai Tanah Melayu ini? Kita lihat di Selangor berapa ramai wakil rakyat HamPAS yang menang sebenarnya 100% anak watan negeri Selangor?

    Sebagai rakyat Tanah Melayu, Nusantara ini, saya menyeru kita jangan mengikut rentak kelantanese ini. Kita jangan mudah percaya dengan kata-kata mereka. Mereka ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka berjaya mencapai matlamat termasuklah menghina, mengutuk, menfitnah dan menghasut sesama islam walaupun perkara ini secara terang-terangan bukan terkandung dalam ajaran ISLAM. Mereka bermain politik murahan dengan menjual menjaja agama ISLAM untuk meraih sokongan.

    Sebagai nasihat, kita jangan jadi BARUA pada KAFIR dan juga BARUA pada LOSER Kelantanese ini. Mengapa kita hendak mengikut kata LOSER ini sedangkan mereka tidak bertamadun, mundur, negeri tidak maju, maksiat berleluasa di sana dan kita hendak menjadikan mereka sebagai contoh.

  27. PAS says:

    kepada ‘anti kelantan’………
    sah kamu ni org BN…nak berpolitik kat sini blah la wei…

  28. cahayamalamku says:

    aahla..dak anti kelantan ni…xyah nak berkias kot…ni memg sah nak berpolitik…pastu nak kaitkan dgn org kelantan…ni contoh org yg pendek akal..yg xgunakan nikmat berfikir tu dgn betul…

  29. aduh tensi says:

    setakat nih, sume ore kelate yang aku jumpa perangai sepesen..takde pong yang baik lagi..mebi kebetulan kowt, kan? perangai sepesen itu adalah:

    1. cakap besaq
    2. puak2 dio jo
    3. mengutuk org suka suki dia je..org kutuk dia, mamposlah ko siaplah geng dia datang..ishh
    4. panas baran.
    5. dengki ya amatzzzzz..hish kate dulang paku serpih, kate org dia yang lebih
    6. dan lebih banyak yang pengotor dr kemas..huhu..yeks

    i believe there are some yang bagus..hopefully dpt jumpa someday..Heran, saing aku banyak Ganu..org Ganu bagus aku suka..aku org utara

    p/s: tingin nak jumpe kelantanese yang baik hati..tapi tak jumpa2 lagiikk..bila lah tueee

    Kata tetuan:

    Sdr./i, Jangan nanti di takdir jatuh cinta dengan org kelantan dah le.Insyaallah saya doakan nanti ya!ameen.

  30. sachiasukai says:

    slm..i’ve watched da movie too..but it’s kinda ade part yang not really suitable mcm yg dis owner said..yah,it’s true..behind the scene..rsenye,mende 2 ttp mcm hinakan Islam..but what 2do..pengarah pk dr perspektif lain..

    kata tetuan : yup. hopefully they will change what the needs.

  31. bekas kekasih kpd klantanese says:

    aku anak jati kedah dan penah bercinta dengan anak jati kelantan..dan sbb kami berpisah (aku yg pinta) sbb ayah dia nak bermenantukan “org kita”…tak mahu org luar…katanya budaya tak sama…apa yg budayanya aku tak tau…aku melayu, tau adap sopan..warganegara Malaysia…kata2 ayahnya membuatkan aku terfikir yg jahat sgt kah org bukan kelantanese…n baek sgtkah depa klantanese nie…persoalannya kita sesama islam n hidup di Bumi Allah nie..perlukah meng”agong2″kan negeri sendri..yg membezakan kita keimanan…baik buruk seseorg bukan terletak pada kenegerian tapi diri sendri…sepanjang perkenalan mmg nmpak ketara smangat kenegerian bekas kekasih saya nie…kawan2nya kebyakkan klantanese…saya berkwan semua org…negeri2 lain pun saya kwan…

    Kata tetuan : Benar. masih wujud pemikiran dan stigma demikian. Namun, adakalanya, bukan di sebabkan oleh si “org luar” itu yang tak kena. tapi, sbb si ayah itu tak nak berjauhan dgn anak nya. apatah lagi kalau anak tunggal sorang n lelaki plak tu. Mungkin kalau menantu itu boleh menetap n jadi org kelantan, si ayah pasti akan gembira dan menerima dgn hati yang senang!. sekadar pandangan. 🙂

  32. orangkemamang says:

    ya..memang diketahui orang kelantan mempunyai semangat kenegerian yg amat kuat..walau berada dimana sahaja mereka berada akan cari “ore kito” untuk bersama-sama….aku org terengganu ni memang anti-giler ngan budak kelantan….walaupun berjiran kami sebenarnya bermusuhan..sejarah membuktikan bahawa negeri Terengganu dan Kelantan pernah berperang beberapa kali..dan Terengganu menang…budak kelantan di kalo korang nak tau..dia hanya berani dan gedeber bila ramai2..kalo sorang2 tak brani punyer..try…dan satu lagi orang kelantan ni kalo kawan ngan diaorang kena hati2 tau…sebab diaorang ni manis di mulut di hati lain…

    Kata tetuan :
    “Inna Akramakum Indallahi Atqaakum”. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah mereka yang paling bertaqwa. Boleh jadi sejahat-jahat orang kelantan itu dia yang paling mulia di sisi Allah, dan sebaik-baik org terengganu itu yang paling hina di sisi Allah atau sebaliknya.

  33. x says:

    betul, org2 gedeber ni kuang ajo skit, diaorg ni asabiyah kuat, klu kwn dgn diaorg, lepas tu ade org die, bye2 la, die x lyn kite nyer, mcm bgus je diaorg ni, konon nye agama kuat, tp diaorg jugak la yg paling ……tuuuuuttttt…..x yah ckp la kn. lepas tu kle nk kwn diaorg kene blaja bahasa dieorg plak…. haiiiiii,,, ape mulia sgt ke dieorg tuuuu,,,, tiada yg mulia Disisi Allah s.w.t, melaikn iman dan amal kebaikan seseorg manusia itu.

    tetuan : mungkin tak semua begitu. kelantanese are becoming universal nowadays!

  34. Lan says:

    Hmm relax2.aku ni budak kelantan.tinggal di selangor 16 tahun.bkwn semua negeri.tp bila drg buat taik aku xbising pun.

  35. miswara says:

    sudah2 la tu marilah kita sama2 membaiki diri masing2.cubalah jadi orang baik insyaallah kita akan dapat bertemu dengan orang baik.

  36. miswara says:

    sebagai orang kelantan ,memang saya suka duduk di kelantan walaupun negeri kami tak secantik terengganu,atau negeri2 lain…..sebab ramai lagi sedara mara saya masih ada di kelate…..ada jugak kawan kelate saya yang kawin ngan org neg.9 dan menetap di sana.sooo…atas citarasa masing2 tak kira org negeri mana…semua ada citarasa tersendiri…dan kita cubalah menghormati sesama manusia.

    Kata tetuan: setuju!

  37. aku setuju dengan anti kelantan.

    kenapa bukan anak watan sendiri yang dapat kemudahan yang negeri selangor bagi untuk anak selangor? jawapan dia mudah jer. dalam kerajaan negeri selangor tu ramai orang kelantan, itu baru kerajaan negeri belum tgk dalam kerajaan pusat. bersepah-sepah.

    ini semua terhasil daripada konsep CAKNA.
    CAKNA ialah konsep sayang kepada orang senegeri yang tebal. Tak kira macam mana hampas atau cibai sekali pun, asalkan satu negeri semua boleh jadi.
    teknik ini memang berkesan kalau nak masukkan anak buah atau sedara mara atau satu kampung masuk kerja dengan kerajaan.

    Jadi secara tak langsung kita boleh cakap yang kerajaan yang ada skrg ni bukanlah kerajaan malaysia, tapi kerajaan kelantan.

    kalau nak tgk perubahan, cuba dikuatkuasakan pengambilan mengikut merit. Masa ni kita boleh tgk mana dia rakyat kelantan yang kata hebat gedebe tu.

    Ramai mat-mat kelate yang gedebe tu asyik bangga kata orang kelate berjaya, orang kelate kaya raya. aku dah survey dan aku dah tgk sendiri. ayat-ayat tu cuma sah laku pakai kat kelate je. Kalau kat selangor,kl atau lebih khusus lagi kawasan lembah kelang boleh dikira macam antah beras.

    jadi boh-boh la sembang derah tu deh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s