Arkib untuk November, 2008

Kamilia Perlu Berani

Posted: November 22, 2008 in Nasional

kamilia-ibrahim

 

Di mana-mana dada akhbar mutakhir ini cukup rancak membicarakan isu peralihan kuasa atau lebih tepat lagi perebutan kuasa Ketua Wanita UMNO. Persaingan yang melibatkan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sememangnya sudah di jangka di saat perwakilan wanita yang lain sangat bersungguh-sungguh ingin melihat kedua-dua srikandi pertiwi UMNO ini beradu tenaga di padang yang sama rata.

 

Rupa-rupanya, di celah-celah kekalutan ini, tersembunyi seorang lagi srikandi “supersub” iaitu Exco Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang cukup licik berperanan. Dengan hanya 56 pencalonan sebagai Naib Ketua Wanita sudah mencukupi bagi Kamilia untuk bertindak sebagai figure utama wanita serta berperanan besar dalam membentuk gagasan awal pergerakan wanita sebelum Pemilihan Mac 2009 nanti. (selanjutnya…)

Advertisements

UM Mesti Memimpin

Posted: November 13, 2008 in Kemahasiswaan

dr-gauth

 

“The Student Of University Of Malaya Must Lead Others!”. Teringat saya kata-kata Y.Bhg. Profesor Datuk Dr. Gouth Jasmon dalam pertemuan beliau dengan barisan kepimpinan kolej-kolej kediaman pada petang tadi. Sebelum bertemu dan melihat beliau, terbayang di benak saya bahawa beliau pasti akan datang sedikit lambat dalam majlis ini. Maklumlah, sebagai Naib Canselor baru Universiti Perdana ini pastilah banyak urusan dan pelbagai pihak harus di temui. Lebih-lebih lagi ianya adalah hari kedua beliau secara rasmi menjalankan tugas-tugas sebagai Naib Canselor.

 

 

Rupa-rupanya tekaan saya silap sama sekali, bukan sahaja datang tepat pada masanya, bahkan beliau cukup ramah dengan semua pimpinan mahasiswa kolej kediaman yang hadir. Mudah-mudahan Prof. tetap konsisten dalam hal-hal begini. Mahasiswa sentiasa memerhatikan dan menilai Prof. dari sudut pandangan tersendiri. Memulakan amanat beliau, beliau menceritakan pengalaman beliau sewaktu belajar di Universiti Of London, bagaimana keperitan belajar di tempat orang, dalam suasana yang cukup asing. Beliau pernah hampir di cederakan dalam pergaduhan dengan mat-mat saleh yang mabuk di mana sentiment anti-asia masih menebal ketika itu. (selanjutnya…)

GUGURNYA PERINDU SYAHID

Posted: November 9, 2008 in Antarabangsa

bali-bomber1

Ketika artikel ini di tulis, ribuan rakyat Indonesia sedang dan masih “berperang” dengan pihak polisi sebaik sahaja keranda jenazah yang di baluti ayat-ayat suci Al Quran yang membawa Amrozi, 47, Ali Ghufron @ Mukhlas, 48, dan Imam Samudra, 38 selamat di kebumikan.

Bukit Nirbaya, Pulau Nusakambangan menjadi saksi betapa jasad ketiga-tiga pengebom bali ini akhirnya terkulai layu tidak bernyawa setelah di tembak di bahagian jantung oleh pasukan penembak tepat yang di bawakan khas untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Dengan pengkebumian ini, maka berakhirlah satu lagi episod perjuangan yang menimbulkan tanda tanya kepada kita betapa kematian mereka adalah merupakan sesuatu yang patut di tangisi atau di syukuri. (selanjutnya…)

PERKAHWINAN; BERAPA HARGANYA?

Posted: November 8, 2008 in Uncategorized

Wah! Kepoh satu Malaysia apabila gambar artis sensasi negara Norman Hakim dan isterinya Abby abby-normanabadi ber”perang” besar di dalam sebuah akhbar utama negara Utusan Malaysia baru-baru ini.

 

Tercetus di hati dan benak fikiran saya, satu ketika dahulu perkahwinan mereka bagaikan “wedding of the year” di negara ini. Liputan media jangan cakaplah. Namun, bagaikan ending yang sudah di jangkakan, akhirnya mahligai cinta yang di bina runtuh akhirnya.

 

Trend begini sebenarnya adalah sesuatu yang amat membimbangkan institusi kekeluargaan di negara ini. Lebih-lebih lagi ia berlaku di kalangan artis yang menjadi pujaan kebanyakan masyarakat di negara ini.

 

Agama menganjurkan konsep “Bait Mithali” sebagai asas utama dalam kekeluargaan. Bahkan usaha untuk menyuburkan lagi rumahtangga yang di bina adalah tanggungjawab bersama suami dan isteri. Dalam konsep ini menyeru kita menjadikan rumah atau tempat kediaman yang wajib untuk di sayangi dan di cintai. (selanjutnya…)

Pentingkah Siapa Presiden?

Posted: November 3, 2008 in Antarabangsa

Saat yang di nantikan hampir seluruh masyarakat dunia tentang siapakah yang bakal menerajui Rumah Putih bakal terjawab esok. Sudah pasti semua mata dunia memandang kepada persaingan sengit di antara Barack Obama dan John Mc Cain dalam perebutan jawatan Presiden A.S itu.

 

Saya tertanya-tanya, apakah kuasa yang ada pada seorang yang bergelar Presiden A.S? Kuat sangatkah mereka sehingga boleh mempengaruhi dasar-dasar serta polisi kebanyakan negara-negara dunia ketiga? Magik sangatkah mereka sehingga mampu mengucar-ngacirkan kebanyakan negara-negara Islam?

 

Ketika hampir kebanyakan masyarakat di A.S memberikan sokongan kepada Barack Obama sebagai calon favourite bagi memenangi kerusi Presiden, sokongan terhadap John Mc Cain pula dilihat semakin kurang popular dan terus menurun. Malah media-media kebanyakan negara-negara asia dan negara-negara Islam dilihat hampir kesemuanya memberikan sokongan kepada Obama. (selanjutnya…)