Arkib untuk Disember, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Buat sahabat setia dan pengunjung laman blog HasifMuslim, saya dengan penuh takzim ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009.

 

Pasti ramai yang mempunyai azam dan semangat yang baru untuk meneruskan kecemerlangan yang di kecapi pada tahun 2008. Apapun, kita wajiblah memastikan apa yang berlaku hari esok adalah lebih bermakna dari apa yang berlaku hari ini. Renungkan hari silam buat ingatan hari mendatang.

 

Azam saya? Kena tuan empunya badanlah!(“,)

 

Jadilah orang yang beruntung!

Advertisements

BELASUNGKAWA BUAT NEGERI SEMBILAN

Posted: Disember 28, 2008 in Nasional

tuanku-jaafar

 

Al-Fatihah.

 

Walaupun saya bukanlah anak jati Negeri Sembilan, namun negeri tersebut mempunyai kisah tersendiri dalam hidup saya.

 

Hari ini, Raja yang memayungi kedaulatan negeri tersebut telah di panggil menghadap Raja kepada segala Raja, Allah S.W.T.

 

Pengebumian jenazah akan di laksanakan pada hari Isnin ini iaitu 3 hari selepas kemangkatan baginda. Perkara ini mungkin menjadi sedikit persoalan kepada orang ramai tentang perihal pengurusan jenazah.

 

Tidak berkait dengan kemangkatan baginda, kadang-kadang saya terfikir apakah kemuliaan di atas sama seperti kemuliaan di bawah sana?

 

Apapun, kehilangan baginda TYDP sudah pasti merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Negeri Sembilan dan Malaysia khasnya.

bm2

 

Isu PPSMI sudah lama di ketengahkan. Bukan sehari dua, tapi lebih 6 tahun sejak pelaksanaannya di laksanakan. Pelbagai pihak menyatakan pandangan yang berbeza. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang.

 

Tak kurang juga ada yang menyatakan ugutan dan melemparkan amaran kepada pihak Kementerian Pelajaran. 6 tahun dahulu, di saat Tun Dr. Mahathir berkuasa, tidak ramai yang berani bersuara. Kalau ada pun hanyalah sekadar “diam tanpa menggeleng” ibarat kura-kura yang hanya menjengilkan kepala bila di usik cengkerangnya.

 

Saya? Menyokong tidak, membantah pun tidak. Tapi, saya punya pandangan saya tersendiri.

 

Usaha untuk memahami prinsip dan konsep sesuatu ilmu memerlukan sistem komunikasi yang jelas di antara pengajar dan penuntutnya. Sebarang kesilapfahaman dalam memahami konsep boleh menyebabkan seseorang itu terkeliru dan mengamalkan ilmu yang salah. hisham

 

Ya. Maka, bertepatan dengan suasana penyuburan ilmu di Malaysia, Bahasa Malaysia lah bahasa rasmi yang wajib menjadi bahasa perantara dalam memahami konsep sesuatu ilmu.

 

Namun, usaha mengembangkan lagi ilmu pula menuntut komunikasi yang pelbagai khususnya dalam bidang sains dan matematik yang pastinya buku rujukan tentang subjek tersebut banyak terdapat di dalam bahasa inggeris.

 

Nah sekarang, apa kata pengajaran sains dan matematik di peringkat rendah, gunakanlah Bahasa Malaysia sepenuhnya bagi memupuk dan memberi kefahaman yang jelas kepada murid-murid agar mereka tahu bahawa heroin itu harusnya di gunakan dalam perubatan dan bukannya untuk melepaskan gian, agar mereka tahu bahawa seks itu nikmat Allah apabila ikatan perkahwinan di meterai dan menghalalkan mahram dan bukannya sebelum perkahwinan, agar mereka tahu sains dan matematik itu gunanya untuk kebaikan bukan kea rah keganasan.

 

Seterusnya, di peringkat menengah atas pula, laksanakanlah pula dalam bahasa Inggeris bagi memperkembangkan lagi disiplin ilmu yang sedia di miliki. Agar dapat di kreatifkan lagi mindanya, agar dapat di pesatkan lagi pemikirannya lantas kita dapat melahirkan golongan pemuda-pemudi yang benar-benar memahami disiplin ilmu yang di pelajari.

 

Dan jika dapat, usaha memperkasa bahasa perkembangan ilmu ini bukan sahaja dalam bahasa Inggeris, tapi juga dalam bahasa Arab, Perancis, Mandarin dan lain-lain.

 

Walau bagaimanapun, saya kira cadangan, pandangan, ugutan mahupun sindiran daripada pelbagai pihak mungkin sukar untuk mengubah polisi dan dasar yang sedia ada. Pindaan pelaksanaan ini mungkin boleh di laksanakan seawal 2010 namun, perlu di ingat sedikit kesilapan boleh mendatangkan akibat yang lebih buruk kepada kepada bahasa Malaysia itu sendiri.

 

Dato’ Hisham, fikir-fikirkan!

 

60 tahun yang lalu, rakyat cukup menderita akibat penjajahan Jepun ke Tanah Malaya. Berapa ramai orang-orang Malaya ketika itu mati di hujung pedang algojo Jepun. Berapa ramai rakyat ketika itu di hantar ke Burma untuk di jadikan buruh kasar landasan kereta api maut.

 

Hari ini, keadaannya berbeza. Kita mula mengiktiraf mereka. Kita mula menjadikan mereka sebagai satu dasar baru untuk di ikuti.

 

Dan hari ini (lihat UM 19 Dis 08) , kita sekali lagi meletakkan Jepun sebagai “guru-guru” untuk mengajar anak bangsa kita di tanah air kita sendiri. Cuma bezanya, penjajahan kali ini bukan lagi secara fizikal, bahkan lebih kepada intelektual.

 

Mungkin ada kelebihan boleh di ambil daripada penubuhan Universiti ini di Tanah Malaysia. Dari sudut ekonomi mahupun politik mungkin ada keberuntungan yang boleh di dapati. Namun, di sebalik keputusan persetujuan ini, pasti ada yang berduka.

 

Belasungkawa buat Institusi pendidikan tanah air!

makkahMusim cuti sekolah dan IPTA pada tahun ini memaparkan cerita yang cukup menarik untuk di hayati dan di renungi. Bencana alam, kanak-kanak berkhatan, ibadah korban, Aidil adha, serta tidak kurang juga yang melangsungkan perkahwinan.

 

Sebelum meneruskan nukilan, di kesempatan maya ini, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat maya saya, saudara hafizuddin abirerah yang juga melangsungkan perkahwinan beliau dalam musim cuti Disember ini. Tidak lupa juga buat Sdr. Wan Mohd Irfan di Kelantan dan Sdr. Izzat Amir yang juga melangsungkan perkahwinan pada Disember ini. Moga-moga Masjid yang di bina akan tetap utuh berpanjangan sehingga ke zuriat soleh dan solehah yang seterusnya. Ameen. Terkadang, cemburu juga saya melihat rakan-rakan yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak yang comel untuk menyinari hidup mereka sekeluarga. (”,)

 

Saudaraku sekalian,

 

Hujung tahun ini juga menyaksikan banyak kes-kes perceraian berlaku, menurut sumber daripada JAKIM,islam jumlah perceraian yang berlaku sehingga disember 2007 adalah sebanyak 20,529 kes. Statistik ini juga sebenarnya menunjukkan peningkatan yang begitu ketara berbanding 17 tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1990, sebanyak 11,194 kes sahaja.

 

Mengapa kes-kes perceraian ini terjadi? Sedangkan sewaktu melafazkan aqad, si suami dengan penuh perasaan cinta dan kasih yang membunga menyatakan bahawa akan menjaga si isteri dengan sebaik-baiknya, malah di saat si suami menyarungkan cincin perkahwinan kepada si isteri, di situlah bermulanya ikatan yang menghubungkan kedua-dua suami dan isteri sebagai satu ikatan, satu nyawa, satu hati dan satu cinta. Penyelesiannya, ISLAM.

 

Benarlah Allah itu maha membolak-balikkan hati, serapi dan sesempurna mana perancangan manusia sekalipun, Allah bisa mengubahnya. Kun Fayakun. Jadi Kata Nya, maka Jadilah! Inilah yang harus di fahami sebagaimana Firman Allah di dalam surah Al Imran. Di situ Allah menegaskan bahawa perancanganNya adalah yang terbaik! Maka, tiada siapa yang berhak atau mampu menghalang susunanNya waima sekuat manapun cinta seseorang itu kepada isteri atau suaminya.

 

Sebenarnya, saya ingin menyentuh kisah seorang wanita pertama terulung di dunia ini. Semalam saya muhammadterbaca kisah beliau lantas menitiskan air mata betapa luhurnya kasih seorang isteri yang sanggup berkorban buat suaminya, Rasulullah S.A.W. Siapakah wanita yang sangat istimewa ini sehinggakan di saat Rasulullah bersama ister-isterinya yang lain, namanya masih menjadi sebutan dan kerinduan abadi Rasulullah? Namanya Saidatina Khadijah Binti Khuwailid. Saya pasti nama ini tidaklah asing terutamanya di kalangan orang-orang Malaysia. Bahkan, di kampung-kampung panggilan ini telah menjadi lebih glamour dengan nama timangan Mak Jah, Mek dijah dan sebagainya. Tak kurang juga ianya di komersialkan dengan nama Deja, Khaty dan bermacam-macam lagi. Haha, agak meremangkan di buatnya.

 

Saudara,

 

Khadijah adalah bukan sahaja Isteri, tetapi adalah nyawa kepada Rasulullah, Muhammad S.A.W. Ya. Dia adalah Cinta Rasulullah, dia adalah Kasih Rasulullah, dia adalah Penawar Rasulullah dan dia adalah lambang fitrah Rasulullah kepada seorang makhluk bernama wanita.

 

Di saat usianya mencapai puncak keagungan, hartanya melimpah ruah, rupa parasnya cantik dan elok, pekertinya luhur, keturunannya mulia bahkan seluruh Makkah mengagumi Khadijah, Khadijah pula bertindak cukup di luar jangkaan ramai.

 

rasulullahAllah mencampakkan kasih dan cinta di hati Khadijah ketika itu. Allah membutakan Khadijah daripada ketampanan dan kemewahan jejaka-jejaka Arab yang lain dan menyediakan diri Khadijah sebagai seorang pembantu dan teman setia bagi seorang Rasul yang akan menggegarkan dunia sepanjang zaman, Muhammad S.A.W.

 

Sewaktu di tanya Rasulullah tentang siapakah yang akan mengikuti dan menyahut seruan Islam yang di bawanya di dalam peristiwa kenabian, Khadijah dengan lantang dan yakin menyahut ”Sayalah orangnya! Yang sanggup mendengar dan menerima seruan kanda, dakwahlah saya sebelum kanda berdakwah kepada yang lain. Saya tetap rela menyerah kepada kanda, mempercayai kerasulan kanda dan beriman dengan Tuhan Kanda!”

 

Di saat Bani Hasyim mengenakan kepungan dan sekatan ekonomi terhadap Rasulullah dan Muslimin yang lain, Khadijahlah orang yang menyalurkan paling banyak bantuan bagi membantu perjuangan Islam ketika itu.

 

Subhanallah..Khadijah telah memaparkan satu contoh pengorbanan yang tiada taranya kepada isteri-isteri dan wanita yang ada di dunia zaman ini! Ya, demi cinta kepada Allah, Khadijah sanggup berkorban, berkorban harta, jiwa dan segalanya demi Rasul Allah ini.

 

Khadijah memahamkan saya apa itu harga sebuah pengorbanan. Betapa demi cinta kepada Allah, Rasulullah dan Islam, kita harus berkorban. Berkorban segalanya. Dengan pengorbanan inilah, kita mengharapkan maghfirah dan pengampunan dari Allah S.W.T.

 

Dialah wanita mukmin sejati.

Dialah wanita yang pemurah dan setia kepada kekasih hatinya, Rasulullah.

Dialah wanita yang berani dan bijaksana fikirannya.

Dialah wanita yang menolak dunia demi akhiratnya.

Dialah Siti Khadijah binti Khuwailid, kekasih Rasulullah.

 

Terima kasih Khadijah kerana memberi erti cinta dan pengorbanan yang sangat tepat!

 

Terima kasih Khadijah! Barakallahu alaik ya ummi!

 

 

HasifMuslim

1200, 10/12/2008