Arkib untuk Januari, 2009

HIDUP PERPADUAN!

Posted: Januari 18, 2009 in Kemahasiswaan

tangan1Tersenyum saya membaca ulasan untuk artikel saya yang terbaru bertajuk “akhirnya”. Ya, sangat panas hingga mencecah ribuan pengunjung lebih-lebih lagi dalam musim pemilihan MPMUM sesi 2008/2009 ini yang saya kira antara yang paling sengit dalam sejarah. Ada yang menyokong dan ada pula yang mengkritik. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih mereka yang menyampaikan pandangan.

 

 

Tuan pembaca yang budiman,

 

                Artikel tersebut adalah luahan hati saya, tulus terbit dari isi hati saya. Ianya ikhlas buat teman-teman saya yang sama berjuang untuk agama, bangsa dan Negara. Saya tidak terlalu kisah sekiranya di gelar hati kecil asalkan saya yakin bahawa jiwa saya tetap besar. Sekurang-kurangnya saya masih mempunyai hati berbanding sesetengah mereka yang langsung tiada hati kosong jiwa.

               

Saya cukup insaf dengan fenomena yang berlaku pada hari ini. Kemusnahan kasih sayang dan hilangnya perikemanusiaan. Manusia menjadi cukup mementingkan diri. Kemenangan dunia sementara di agung-agungkan. Entahlah, sayu hati mengenangkan semua ini.  Lebih-lebih lagi dalam musim Pemilihan MPMUM ini, segalanya bagai hancur berkecai.  Apalah sangat yang hendak di kejarkan di peringkat MPMUM? Elaun?Pangkat?Glamour??

 

Hari ini, fitnah berlaku dengan cukup berleluasa. Sedangkan Rasulullah sendiri telah mengingatkan bahawa pada akhir zaman nanti fitnah itu akan berleluasa sebagaimana buih-buih yang timbul di lautan. Fitnah menjadi alat politik. Fitnah menjadi kunci utama untuk menggapai kepentingan individu mahupun parti. Bahkan saya sendiri telah menjadi mangsa fitnah tersebut. Kita cukup hairan dengan senario ini.

 

Pembaca sekalian,

 

                Saya juga mula sedar, dan saya mula yakin langkah yang di aturkan ini sebenarnya bukan makin mundur bahkan semakin gagah melangkah. Menghapuskan budaya fitnah, penipuan, politik luar serta unsur-unsur sosialisme tidak kira sama ada kiri atau kanan dalam pemilihan MPMUM ini. Saya sedar dalam perjuangan sememangnya menuntut pengorbanan yang sangat besar. Pengorbanan yang mampu membunuh kehidupan, menjahanamkan kasih sayang dan menafikan hak asasi manusia sejagat.

 

                Rakan mahasiswa sekalian, ayuhlah bangkit berjuang! Kita hapuskan suara-suara dangkal berbau politik luaran, kita basmikan fitnah-fitnah yang maha dasyat yang akan memercikkan api perkauman, kita pastikan suara mahasiswa suara keramat menggegar dunia kemahasiswaan!!

 

Hidup Perpaduan! Hancur Perpecahan!

UM IS ONE!

 

Akhirnya..

Posted: Januari 9, 2009 in Nukilan Hati

Semester 2 kali ini benar-benar berbeda daripada semester sebelumnya. Pada semester ini, cabaran dan rintangan datang silih berganti. Terkadang terasa hilang kudrat diri. Namun, Alhamdulillah, dengan sokongan sahabat-sahabat serta saudara seperjuangan, cabaran ini terasa ringan dan senang untuk di pikul.

Teman sekalian,

Musim Pemilihan MPP ini merupakan satu musim yang cukup membencikan. Bukan kerana sistemnya, bukan kerana demokrasinya, tetapi kerana suasananya yang benar-benar menguji kesabaran. Kerana kepentingan individu dan kemahuan politik, ramai orang sanggup melakukan apa sahaja. Yang sayang menjadi benci, yang haram menjadi halal, yang sembuh bertambah sakit, derita bercampur duka.

Ukhwah menjadi lebur, persahabatan kian merenggangang. Sesekali diri ini termenung dan bertanya, takdir apakah semua ini?apabila terkenang kembali zaman persekolahan dulu, mulalah kenangan-kenangan mencuit hati mengusik perasaan. Bukan apa, sahabat-sahabat ketika itu ibarat isi dan kuku. Sentiasa bersama kemana sahaja dalam melaksanakan apa jua.

Hadir di kampus, idealisme nya mula menampakkan perbedaan. Ianya semakin ketara apabila masing-masing menjadi pimpinan. Pada akhirnya mencetuskan ketegangan lantas melerai satu perasaan kasih antara satu sama lain.

Temanku,

Walau bagaimana pandangan yang berbeza, walau bagaimana idealisme bertentangan, namun hati ini tetap merindukan ukhwah itu. Tetap mendambakan kasih sayang insani. Ukhwah sejati tak pernah merenggangkan perasaan kasih antara sahabat. Lain warna kulitnya, sama rasa enaknya.

Kita pernah sama ketawa sambil mengunyah rangup pisang goreng yang di sediakan naqib kita. Kita pernah sama menangis lantaran pilunya hati melihat saudara kita di palestin. Kita pernah sujud pada kesejukan embun di padang Sultan Muhammad IV 5 tahun dahulu. Kita pernah sama-sama berpeluh dalam larian jalan lasak. Kita pernah sama-sama menggenggam kejuaraan Pasukan Kawad terbaik satu ketika dahulu. Tidur sebantal, mandi sungai bersama, lepak di kedai nasi lemak winston belakang balai bomba. Ah..Hati tercuit lagi.

Teman,

Jarang sekali hati ini jujur berbicara di alam maya. Namun, kali ini ianya tulus dari hati nurani. benar-benar.

Kali ini, izinkan ku menggenggam senjata iman menajamkan perisai ketaqwaan berjuang bersama teman-teman seperjuanganku di medan itu. Mungkin kalian akan kecewa. Namun, percayalah, mereka adalah perindu syahid, mereka sanggup gugur sebagai syuhada seandainya di perlukan. Mereka bukan seperti yang kalian fitnahkan. Ku yakin perjuangan ini jauh menjangkaui politik kampus itu sendiri bahkan diri ini mendamba seluruh cinta, jiwa dan ragaku demi Islam dan Negara Tercinta!

Kalian, ketemu di medan nanti!

“DUNIA HANYA MAMPU MENYALAK”

Posted: Januari 1, 2009 in Antarabangsa

palestine

 

Pada tanah dan darah bumi anbiya’

Terkujur dan terbujur kaku mungil batang tubuh anak kecil

Dadanya berulat

Kepalanya herot

Kakinya bengkok

 

Aneh sekali tiada siapa mempedulikannya

Tiada siapa berani menatap

Apatah lagi mengangkat

 

Aneh sekali bukan satu dua

Ratusan malah ribuan anak kecil yang sama keadaannya

Mungil lagi kerdil

 

Kasihan anak itu

Di mana bapanya

Ke mana ibunya

Bukankah dia anak kecil yang mendamba kasih orang tuanya

 

Dia rindu tanah Gazanya

Dia ingin bersama temannya menelusuri tanah Palestina

Dia kangen mahu bertemu Tuhannya di Al-aqsa

 

Dalam kaku anak itu mendengar

Suara-suara ngauman garang datang dari segenap inci tubuhnya

Dari timur hingga ke barat

Suara itu mencaci maki mereka yang menjadikannya demikian

 

Celakalah Israel

Binatang rakus tiada jiwa kemanusiaan

Haiwan jijik penceroboh tamadun

Persetan negara harammu!

 

Anak ini hairan kenapa ia tidak menangis

Walhal kesakitannya perit

Hatinya sakit

Ia tidak pernah bermusuh

Jauh sekali bergaduh

 

Ajaib anak ini

Wangian firdaus menusuk hidungnya

Hanyir darah berbau kasturi

Busuk mayat menjadi suci

 

Biarlah anak ini mati

Sedang kita hanya mampu melihat

 

Biarlah anak ini pergi

Sedang dunia hanya mampu menyalak