Arkib untuk November, 2009

Gempa Oh Gempa!

Posted: November 9, 2009 in Uncategorized

images
Tahun 2009 benar-benar merupakan tahun gempa. Gempa yang berlaku di Indonesia, di Sulawesi, di Padang dan yang terbaru di El Savador meragut banyak nyawa.

Gempa dalaman yang berlaku dalam UMNO juga mengerikan. Gempa dalam PAS juga agak mencemaskan. Gempa MCA entah bilakah kesudahan.

Gempa di Bukit Jalil buatkan kita pening. Tak boleh nak mengata sesiapa. Kalau di marah lebih, kita yang kena balik. Kalau tak di marah, kita yang salah.

Moga-moga akhir 2009 nanti akan hadir redup senja yang menyamankan!images

Advertisements

Menyuburkan Ekosistem Intelektual

Posted: November 7, 2009 in Uncategorized

um
Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri di atas pembentangan belanjawan Negara 2010 baru-baru ini khususnya berkaitan bidang pendidikan. Baru-baru ini saya sempat menyaksikan temubual eksklusif YAB Perdana Menteri sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke Indonesia untuk menyaksikan majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bersama sebuah stesen TV Indonesia. Dalam wawancara tersebut, hos tv di lihat begitu kekok ketika mewawancara beliau namun syabas saya ucapkan buat Perdana Menteri kerana menjawab soalan dengan begitu tenang dan penuh berdiplomasi serta menggunakan Bahasa Melayu yang betul tanpa terpengaruh dengan slang Bahasa Indonesia.
Dalam wawancara tersebut, Perdana Menteri telah di tanya dengan pelbagai soalan. Antaranya berkaitan isu tarian pendek, isu hak sempadan, isu kebajikan rakyat Indonesia yang berkerja di Malaysia dan banyak lagi. Saya melihat kaedah beliau menjawab setiap pertanyaan dengan penuh hikmah sehingga kadangkala mendiamkan hos rancangan tersebut yang kadangkala memprovokasi di samping di lihat sering memotong percakapan beliau. Setiap pertanyaan di jawab dengan fakta dan sebab yang rasional tanpa sebarang emosi yang mengiringi. Sudah tentu setiap jawapan ini memerlukan fakta-fakta intelektual yang lahir daripada pembacaan, pengamatan, analisis dan kemahiran membuat keputusan yang relevan.
Bagaimana pula sekiranya, kita selaku rakyat Malaysia di tanya dengan soalan-soalan berbau provokasi oleh mana-mana pihak? Bagaimanakah corak jawapan kita? Kerana itu, saya ingin mengheret sidang pembaca khususnya rakyat Malaysia di semua peringkat untuk membudayakan elemen intelektual di kalangan kita semua.
Apabila di sebut tentang Intelektual, ianya tidak bermakna melalui pembacaan semata-mata, bahkan budaya intelektual ini adalah satu gaya hidup yang berpaksikan fakta, berhujah dengan kebenaran dan mengamalkan budaya hidup yang sihat. Seringkali kita melihat di kaca tv atau melalui saluran maya, rakyat Malaysia berhujah dan berinteraksi tanpa nas dan fakta yang benar. Adakalanya kita terpaksa menutup kebenaran kerana menjaga hati orang lain tanpa berfikir kesan yang akan hadir adalah lebih buruk.
Ekosistem intelektual ini juga dapat di zahirkan melalui sistem kehidupan yang bersih dan budaya hidup yang sihat. Intelektual tidaklah terikat dengan buku atau pembacaan akademik semata-mata bahkan ianya hidup dalam sikap, tingkahlaku, serta interaksi sesama manusia.
Justeru, ayuhlah kita sama-sama merealisasikan apa yang di maksudkan dengan pencapaian 1 Malaysia yang di gagaskan Perdana Menteri. Lupakan sementara nanah-nanah kotor dalam percanggahan politik tanah air. Semaikan budaya intelek, insyaallah Negara pasti sejahtera!

Saya cukup teruja apabila melihat pasukan negeri kelahiran saya kini mula tersedar daripada lena setelah hampir sedekad lamanya tidak mempamerkan aksi bertenaga sebagaimana yang di tonjolkan pada musim ini. Tahniah buat seluruh pemain dan pengurusan Kelantan kerana telah berjaya membawa impian seluruh rakyat kelantan untuk beraksi di pentas akhir bukit Jalil telah menjadi kenyataan.

Walaupun memang ramai yang mengkritikan lantas menafikan kemampuan Kelantan kononnya di gelar kuat kerana di barisi pemain luar kelantan namun yang pasti semangat kesukanan yang di tunjukkan oleh pemain melangkaui persempadanan kenegerian sekaligus mencorakkan ekosistem baru dalam sejarah bola sepak tanah air.

Saya tidak mahu mengulas mengenai faktor kepimpinan dan pengurusan di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa yang di lihat berjaya mengeluarkan Kelantan daripada kepompong dan kemelut masalah sejak berzaman lamanya kerana saya mengakui beliau sememangnya arif dalam bidang pengurusan. Namun harapan saya, “political influence” tidak perlu ada dalam mempamer corak kebangkitan yang semakin ketara peningkatannya kini.

Apapun, syabas dan tahniah buat pasukan Red Warrior, atau saya gelarkan Arsenal Malaysia kerana benar-benar bangkit pada kali ini. Semoga penantian hampir 4 dekad rakyat kelantan untuk menjulang Piala paling berprestij itu akan berakhir dengan kejayaan. Insyaallah.kelantan

The Academie Francaise berkata, cendekiawan berpengaruh Perancis, Claude Levi-Strauss, yang dianggap sebagai bapa antropologi moden, mati pada usia 100 tahun.

Beliau dikenali di seluruh dunia sebagai individu yang membentuk semula bidang antropologi, memperkenalkan konsep baru berkaitan corak kelakuan dan pemikiran, terutama mitos dalam masyarakat primitif dan moden.

Sepanjang kariernya yang sepanjang enam dekad itu, dia telah menulis banyak bahan bacaan dan buku antropologi klasik termasuk ‘Tristes Tropiques’ (1955), ‘ The Savage Mind’ (1963) dan ‘The Raw and the Cooked’ (1964). – APSekalung takziah buat mendiang Claude Levi-Strauss.

Sumber : utusan

Selamat Bertamu Kembali

Posted: November 4, 2009 in Uncategorized

Sekian lama saya tidak menatihkan jari jemari saya di laman sesawang ini. Maklumlah, begitu banyak masalah dan musyaqqah yang menimpa memaksa saya terpaksa berdiam untuk jangka waktu yang agak lama. Tambahan pula laptop yang selama ini setia di sisi agak tenat dan sedang di ubati, jadi terpaksalah berehat buat seketika. Rasanya hampir 8 bulan tidak mengaktifkannnya.

Walaubagaimanapun mudah-mudahan selepas ini, doakan supaya saya akan terus aktif dalam menulis dan mnyumbangkan buah fikiran untuk perkongsian bersama..

Kita jumpa nanti..maassalamah, ilalliqa’!