Arkib untuk Disember, 2009

Aktifnya JAIS!!

Posted: Disember 7, 2009 in Uncategorized
Tag:

Suka atau tidak sebenarnya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah merupakan Jabatan yang terhangat berbanding jabatan negeri-negeri lain. Satu persatu tindakan yang di buat benar-benar mencetuskan kontroversi. Apa sudah jadi sebenarnya. Apakah bidang kuasa JAIS yang sebenar? seberapa banyakkah kuasa yang di peruntukkan utk JAIS bertindak dalam menggerakkan usaha-usaha dakwah islamiyyah?

Bermula dengan isu mantan mufti negeri Perlis, Dr. MAZA yang di keluarkan surat arahan melarang mufti Perlis berceramah di Selangor sehinggalah membawa kepada penangkapan beliau di rumah penduduk awam dan menjadi “headline” utama akhbar-akhbar tempatan.

Seterusnya, ramai lagi bukan sahaja di kalangan ahli-ahli politik, bahkan di kalangan rakyat marhaen biasa pun di sekat atas alasan tidak mendapat tauliah. Kita mempersoalkan apakah sebenarnya bentuk tauliah yang di kehendaki JAIS?

Begitu juga apabila di lihat ketegasan Datuk Muhammad Khusrin, Pengarah JAIS yang begitu bersungguh-sungguh menghalang Penceramah kontroversi Akhil Hayy Rawa. Dengan alasan beliau tidak mempunyai sijil dan ijazah dan kontroversi dunia artis yang melibatkan beliau, maka JAIS mengharamkan terus beliau untuk terus berdakwah.

Hairan pula, di sebalik ketegasan JAIS ini, siaran televisyen astro Oasis tetap membenarkan mereka berdua ini terus berdakwah bukan skdar di negeri selangor bahkan di seluruh negara melalui siaran 106.

Kini, timbul persoalan siapa yg sepatutnya menggalakkan usaha-usaha penyebaran ilmu?astro atau JAIS? Benar, kita akui, pentauliahan juga penting dalam menentucarakan seseorang itu layak atau tidak dalam menyampaikan dakwah. Namun, selagi mana ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang syumul, maka seharusnya ruang untuk sesiapa sahaja hatta daripada seorang pengemis, jika ia menyampaikan sesuatu yang baik, maka haruslah di buka seluasnya.

Sabda Habib Muhammad S.A.W; “Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan menyampaikannya pada yang lain” (maksud hadis). Dan dalam arahan yang lain, Allah meng”command”kan kita dalam surah ad-dzaariyaat; ” Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu adalah bermanfaat bagi orang-orang mukmin”. Semoga JAIS mahupun semua pihak terus istiqamah dan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan di masa hadapan.

Sekadar pandangan.

Hasif Ali.

Advertisements