Arkib untuk Februari, 2010

Dinamiknya Zaman

Posted: Februari 22, 2010 in Uncategorized

Manusia berubah.Semuanya juga berubah.

Bahasa berubah mengikut zaman. Siapa kata bahasa itu statik. Bahasa akan berubah. Ia di cipta mengikut keadaan, trend dan juga peristiwa kehidupan.
contoh kecil:
1980-an = bang
1990-an = brader
2000-an = bro
2010-an = de

Sama juga dengan makanan:

1950-1980an = ubi keling
1980-1990an = ubi stelo
1995-2010an = wedges & french fries

Pendek kata, segalanya berubah mengikut zaman. Hati bagaimana? berubah juga kah??? (“,)

Dalam aspek lain, tanya juga diri sendiri. Kita berubah bagaimana? Kecil dahulu ibu bapa adalah segala-galanya. Kita berani lawan sesiapa hatta ular,lipan dsb sbb kita tahu ibu bapa kita ada utk melindungi. Tapi bila sudah dewasa, kita berubah. Berubah bagaimana? kena tanya diri sendiri.

Dalam kepimpinan politik juga begitu. Tidak akan ada satu kuasa yang akan bertahan selama-lamanya sehingga hari Kiamat. Hatta kemasyhuran umayyah, uthamniyah, asoka, genghis khan juga mengalami zaman naik dan jatuhnya.

Hanya Islam akan kekal menerajui kemurnian perjalanan hidup manusia ke hari terakhir alam semesta ini…

Ada sahabat dan teman-teman juga bertanya. Hasif, enta da Berubah! saya menjawab, berubah yang bagaimana? sambil saya tersenyum…:-)

MASIH KABUR

Posted: Februari 16, 2010 in Uncategorized


Meniti alam kedewasaan ini, saya sering tersenyum memikirkan perihal diri sendiri. Sesekali melihatkan teman-teman yang menyusuri kehidupan dengan pelbagai laluan. Alangkah indah hidup ini jika laluan yang di rentasi sentiasa di sapa angin kasih sayang ilahi. Alangkah manisnya hidup jika denai yang jejaki di bawah lembayung cinta rabbi..

 

Berbalik coretan kali ini yang ingin di kongsi bersama pembaca setia HasifMuslim, saya ingin menerbangkan teman-teman dalam pesawat kemanisan pengalaman hidup saya setelah khatam pengajian di Universiti Malaya.

 

Saya terpukul dengan kata-kata ibu saya sewaktu pulang bercuti Tahun Baru Cina baru-baru ini bahawa saya sebenarnya tidak pernah pulang bercuti lama di Kota Bharu, tanah kelahiran tercinta saya sejak menjejakkan kaki di UM. Paling lama pun hanyalah 5 hari. Selebihnya hanyalah 2 hari atau 3 hari. Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana saya di tawarkan untuk berkerja di bawah seorang tokoh politik/korporat terkenal di Negara ini sebagai setiausaha sulit beliau sejurus tamat pengajian. Kemudian saya terfikir bahawa saya tidak pernah merasai nikmatnya bercuti, membantu ibu bapa, bercucuk tanam dan berkebun di rumah, melihat duku dan dokong berbuah, menyaksikan sendiri pohon rambutan di hadapan rumah masak lebat kemerahan. Alangkah ruginya saya. Dengan izin Allah, saya memutuskan untuk berhenti berkerja sambil membuat persiapan untuk menyambung pengajian saya di peringkat sarjana.

 

Seboleh mungkin, saya ingin belajar sepenuh masa, namun apakan saya masih punyai orang tua yang harus di Bantu dan adik-adik yang perlu di tolong. Tambahan pula, saya merasakan diri saya masih terlalu muda untuk beraksi di arena politik nasional. Ilmu yang ada masih terlalu cetek berbanding teman-teman yang lain yang sudah mempunyai PhD ketika seusia dengan saya.

 

Sewaktu saya berkerja dalam arena korporat-politik ini, saya pernah bertemu dengan seorang tokoh. Orangnya sangat terkenal pada tahun 1980 an dulu dalam pertarungan politik antara team A dan team B yang membawa pengharaman UMNO ketika itu. Beliau menyatakan kepada saya bahawa hanyalah ilmu yang memuliakan kita. Hanyalah orang yang celik akan tetap berada pada denai yang betul dalam kehidupan. Inilah yang membuatkan saya tekad untuk terus menggapai dan mencedok seberapa banyak ilmu di mana-mana sahaja hatta dari perut khinzir sekalipun.

 

Saya juga di beri peluang melihat sendiri karenah politikus-politikus Negara yang berjuang atas pelbagai idealisme dan kepentingan. Dalam usia yang begitu mentah, saya banyak tersenyum dari menangis melihatkan situasi yang begitu kompleks. Entahlah,ianya sukar untuk di gambarkan melalui kata-kata.

 

Saya banyak merenung kehidupan pada waktu ini. Saya berfikir apakah yang telah di habiskan selama hampir 24 tahun hidup di dunia ini. Ada di kalangan teman-teman yang seusia sudah mendirikan rumah tangga. Ada yang sudah tamat 30 juzu hafazan Al-Qurannya. Ada yang sudah menjadi imam muda di masjid2 sekitar Kuala Lumpur bahkan di Kota Bharu. Tidak kurang juga ada yang masih menjadi banduan. Ada juga yang masih berkeliaran di sekitar Kota Kosmopolitan ini menjadi pengedar-pengedar pil-pil.

 

Sesungguhnya dalam putaran kehidupan ini saya mula mempersoalkan diri sendiri apakah yang telah laksanakan sepanjang hayat yang ada ini. Dan ternyata sehingga kini, jawapannya masih kabur…