Arkib untuk Mac, 2010

Mengisi usia muda belia bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai yang sudah berusia tapi masih belum matang dan ada pula yang masih berusia muda remaja namun berkelakuan matang. Benar kata Prof. Muhammad Abu Bakar dalam Forum Mahasiswa Menggugat baru-baru ini, “Mengisi kedewasaan haruslah berintikan impian orang muda dan pengalaman orang tua”.

Apa perlunya pengalaman?apa perlunya impian? Dalam meniti kedewasaan, kedua-dua faktor ini memainkan peranan yang sangat penting. Melalui Pengalaman, seseorang itu belajar. Melalui Impian, seseorang itu terinspirasi.

Saya juga dalam proses tersebut. Setiap kali tempoh transisi yang berbeza hadir dalam hidup, di situlah timbulnya kesulitan dan kesukaran membuat pilihan. Agak sukar mengadaptasi diri dengan bi’ah dan persekitaran yang baru setelah bertahun berada di persekitaran yang lama.

Saya ingin berkahwin satu hari nanti. Saya juga memasang impian untuk bergelar seorang suami yang soleh untuk sang isteri dan seorang ayah yang bertaqwa untuk anak-anak. Untuk itu, saya memerlukan sesuatu dalam kehidupan untuk meneruskan survivorship keluarga dalam bi’ah yang saya ingin cipta. Ini di panggil sebagai impian.

Ramai orang tidak kisah dengan kerjaya mereka ketika masih bujang. Namun apabila sudah berumahtangga, barulah mula memikirkan untuk bertukar kerja, berniaga dan sebagainya. Saya juga begitu, dalam kerjaya, pelbagai cabaran di tempuhi dan di alami. Di tipu, di paksa, tidak di bayar gaji, kerja berlebihan, sakit hati, dengki, tamak dan segala macam perasaan dan masalah timbul. Kalau yang benar-benar percaya pada Qada’ dan Qadar, tiada masalah untuk mereka lalui, bagi yang lemah imannya, di situlah bermulanya saat kehancuran dalam kehidupan. Dan ini di namakan sebagai pengalaman.

Saya punyai kedua-duanya. Kaya dengan Impian namun cetek pengalaman. Mudah-mudahan berkat doa mama dan wea, akan mematangkan saya menempuh hari-hari yang mendatang…. Jumpa lagi.

Advertisements