Arkib untuk Jun, 2010

Rupa, Wajah, dan Paras..

Posted: Jun 30, 2010 in Nukilan Hati

Saya berkesempatan untuk menulis sementara waktu rehat tengahari ini di pejabat saya di Petaling Jaya. Terasa malas pula untuk makan tengahari memandangakan saya sudah menjamu kuey teow goreng telur dan chicken burger starbucks (yg di beri oleh seorang kawan) pada pagi tadi.

 

Saya ingin menyentuh mengenai jenis wajah dan rupa manusia. Apabila Allah menciptakan manusia di bumi ini, sebenarnya Dia telah menciptakannya sebagai sebaik-baik kejadian, sebagaimana dengan FirmanNya dalam surah At-Tiin “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan Manusia itu dengan sebaik-baik Kejadian”. Ianya bermaksud, buruk ke, cantik ke, hitam ke, putih ke, hidung penyek ke, hidung mancung ke seseorang itu adalah tetap sebagai sebaik-baik kejadian. Ini kerna, yang di kira di dalam peperiksaan menghadap Allah nanti adalah amalan dan ketaqwaan kita.

 

Dalam beberapa hari yang lalu, beberapa orang adik-adik saya yang baru sahaja tamat belajar dan masih menganggur bertanya kepada saya tentang rahsia supaya senang mendapat kerja dengan gaji yang lumayan (RM2200 dan keatas) bagi seorang yang masih belum bergraduat tapi telah tamat belajar. Saya menyatakan bahawa di Malaysia pada hari ini amat mustahil seseorang itu tak Berjaya untuk mendapatkan kerja. Lihat sahaja di ruangan-ruangan classifields di akhbar The Star pun sudah cukup untuk menggambarkan ribuan majikan masih menunggu para graduan untuk mengisi kekosongan jawatan.

 

Lantas saya menegaskan bahawa, kalau masih belum bergraduat, jangan terlalu memilih kerja dan berharap untuk mendapatkan gaji yang lumayan. Ini kerana majikan akan menganggap anda sebagai seorang pelajar dan masih belum tamat belajar. Mungkin gaji yang paling sesuai adalah sekitar RM1700 dan ke atas bagi mereka yang berkelulusan ijazah sarjana muda. Lalu mereka menambah, “Masalah lain ade jugak, kitorang ni dah la pendek, tak hensem plak, muka nampak macam budak-budak”. Juga tak kurang yang memberitahu “Alah bang, muka saya ni nampak macam orang tua sangat”, nanti orang taknak ambil kerja.

 

Sebenarnya, pada pandangan saya, memiliki wajah dan paras yang baik adalah sekadar satu advantage sahaja selain kelulusan dengan CGPA yang baik. Namun, hakikatnya, majikan lebih berminat kepada mereka yang mampu menunjukkan impression tentang prestasi kerja yang akan di tunjukkan.

Tak di nafikan pada sesetengah orang yang mempunyai wajah yang matang (kadang2 sampai beruban dan sedikit berkumis) akan mendapat perhatian dan kelebihan untuk di pilih bagi mengisi kekosongan jawatan. Sementelah itu, ada juga yang walaupun umur mereka baru 23, 24 tahun namun raut wajahnya seakan pelajar sekolah menengah tingkatan satu (atau kata orang sekarang, ala-ala baby face). Golongan ini biasanya akan menghadapi sedikit kesukaran apabila memohon jawatan di peringkat pengurusan senior dan professional. Namun, mungkin lebih senang jika memohon jawatan peringkat junior eksekutif.

 

Walau apapun, sebenarnya, ia bergantung kepada usaha dan kesungguhan kita dalam memberikan impresi yang terbaik kepada bakal majikan. Begitu juga buat mereka yang memimpin masyarakat. Perwatakan yang matang akan memberikan kelebihan (silap2 boleh di angkat menjadi calon pilihanraya) kepada mereka untuk memimpin mana-mana badan NGO atau parti-parti politik.

 

Baiklah, pena saya berhenti di sini dahulu. Perlu terus berkerja dengan lebih keras dan gigih. Untuk ibu bapa, adik2 dan isteri.. Isteri?? Uuppss!! J

Telah lama tidak menulis. Rasanya hampir 2 bulan sejak Mac yang lalu blog ini di tinggalkan tidak bertuan. Ramai juga di kalangan teman-teman dan makcik2 yang bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis. Sebenarnya, selain kekangan masa yang begitu menghambat, mood juga memainkan peranan khususnya dalam melahirkan rasa dan “feel” untuk menghasilkan tulisan yang baik dan bermanfaat kepada semua pembaca.

 Coretan saya kali ini adalah berkisarkan “Kesarjanaan”. Wah! Bukan main hebat lagi perkataannya. Nak jadi Profesor ke? Ke nak jadi orang akademik dah sekarang? Tak. Bukan begitu. Saya menyebut kesarjanaan kerana saya percaya setiap orang di dunia ini memilik kesarjanaan tersendiri. Masing-masing punya kemahiran dan keunikan. Memiliki kesarjanaan juga bukannya bermaksud wajib ber”title” kan Dr./Prof. dan sebagainya.

 Memiliki kesarjanaan bermaksud, kita memiliki prinsip dan paradigma kita tersendiri dalam memberi pandangan. Ianya bermaksud kita tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan dan pandangan pihak lain yang ternyata bercanggah dengan pendirian kita. Kita mesti yakin bahawa apa yang di nyatakan adalah benar dan tidak menyalahi disiplin ilmu yang di pelajari.

 Bercakap soal kesarjanaan ini, sememangnya, untuk mengukur peringkat kesarjanaan seseorang itu agak rumit. Kerana setiap orang mempunyai tahap penilaian yang berbeza. Berbeza pula dalam mengukur tahap keimanan. Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa”. Justeru, kesarjanaan ini juga merupakan sesuatu yang sangat subjektif.

 Meniti hari-hari yang penuh mencabar di masa hadapan, saya juga berusaha keras untuk mencapai tahap kesarjanaan terbaik saya. Insyaallah, saya berharap dan bermohon padaNya semoga di permudahkan untuk saya menamatkan pengajian Sarjana saya di UM selewat-lewatnya akhir tahun hadapan. Dan terus mengorak langkah selepas itu utk ke peringkat Doktor Falsafah. Saya ingin berhijrah ke mana-mana tempat di bumi Allah ini untuk tempoh pengajian itu.

 Alhamdulillah, laluan kini lebih baik dan terbuka untuk saya. Bekerja di bi’ah yang hasanah cukup menyenangkan serta waktu solat Jumaat yang lebih panjang berbanding sewaktu berkerja bersama tokoh politik pada awal tahun dulu amat membuatkan saya lebih lega. Sekurang-kurangnya adalah masa untuk pulang ke rumah menukar pakaian yang lebih elok untuk menghadap Ilahi. Walaupun, berkerja dan belajar pada masa yang sama agak meletihkan, namun jika niat kita di sandarkan kepada keikhlasan dalam ibadah kepada Allah, nescaya apa yang di laksanakan akan di pemudahkan. Sesuai dengan firman Allah, “In Tansurullaha Yansurkum Wa Yusabbit Aqdaa makum” bermaksud, “Jika kamu menolong Agama Allah, maka Allah pasti akan menolong kamu dan memperteguhkan lagi pendirian kamu”

 Mudah-mudahan segala apa yang di rancang akan menjadi kenyataan. Apa lagi impian setelah semua ini Berjaya di peroleh? Ermm..mungkin berkahwin lah kut..???