Arkib untuk Julai, 2010

 

Kepulangan saya ke Kota Bharu 3 hari sudah (16 – 18/07/10) bukanlah sebarangan kepulangan. Ternyata, kali ini tidak sia-sia. Banyak maklumat dan ilmu yang di peroleh dan paling penting rahsia keturunan saya telah di bongkar satu persatu. Ya, mungkin bagi sesetengah masyarakat asal usul keturunan keluarga ini bukanlah satu perkara yang aula’ dan penting dalam kehidupan mereka. Malah Allah s.w.t. sendiri tidak pernah menyatakan ahli syurga itu di warisi keturunan mereka sewaktu di dunia. Hanyalah iman, amalan dan taqwa yang akan menjadi neraca dalam pertimbangan di hadapan Allah kelak. Sesuai dengan firmanNya, “Inna Akramakum ‘Indallahi Atqaakum”. Bermasksud “Hanyasanya yang paling mulia di sisi Allah, adalah mereka yang paling bertaqwa di antara kamu.”

Jam 12 tengahari, saya menyusuri Jambatan Sultan Yahya Petra yang masih dalam pembinaan, barangkali perlukan hampir 2 tahun lagi untuk siap sepenuhnya. Sungai yang memisahkan Pasir Pekan dan Kota Bharu itu sememangnya menyimpan banyak sejarah. Kalau dahulu, sawah padi dan berbidang-bidang tanah yang luas nan indah terbentang menghiasi permukaan dan pesisir sungai tersebut. Namun, hari ini, ianya jelas bertukar. Apa yang ada adalah kawasan pembangunan yang memuatkan sebuah gudang pasaraya TESCO dan juga Terminal Bas terbesar di Kelantan dan Kota Bharu selain bangunan-bangunan lain yang tidak kurang banyaknya.

 Saya singgah di stesen minyak Petronas Pasir Pekan kepunyaan Hj. Nik Zul Nik Leh (kalau tidak silap namanya) yang juga merupakan bau-bau bacang dengan saya melalui susur galur tok wan saya iaitu Hj. Wan Abu Bakar Wan Ismail. Beliau juga memiliki sebuah lagi Stesen Petronas yang paling sibuk di Kuala Krai, rasanya stesen tersebut sangat terkenal bagi mereka yang selalu berulang-alik dari KL ke Kota Bharu. Ianya terletak di bahu jalan sahaja menghala ke Gua Musang. Di sebelah stesen tersebut, saya telah menapau 2 bungkus nasi berlauk ayam, kata Tok Nik, gulai ayam di situ sedap. Usai membeli nasi serta sebungkus tea o beng (loghat Kelantan), saya terus ke destinasi yang di tuju, iaitu rumah Tok Nik di Kampung Surau Pasir Pekan.

 Bercerita tentang Kampung Surau Pasir Pekan ini, sebenarnya saya bukanlah orang pertama yang bercerita mengenainya melalui alam maya. Saudara saya, Wan Mohd Hazim bin Wan Abdullah, juga dari Pasir Pekan telah membuat kajian dan menerangkan secara panjang lebar mengenai sejarah dan keturunan salasilah dan susur galur Pasir Pekan ini melalui laman web http://artikelwannuh.blogspot.com

 Rumah tok nik hanyalah sebuah rumah peninggalan warisan yang di bina sejak tahun 1940-an lagi. Asalnya rumah itu hanyalah mempunyai 2 bilik, satu ruang tamu dan satu ruang kecil yang memuatkan dapur sahaja. Seiringan dengan zaman, lewat 90-an, rumah tersebut telah di ubahsuai dan di cat semula menjadikan ianya lebih selesa dan luas. Sekurang-kurangnya, apabila anak, cucu dan cicit pulang beraya dan datang menziarah, bilik yang ada adalah mencukupi dan selesa.

Saya mundar mandir hampir 15 minit juga di luar pintu rumah, ya, kebiasaannya, tok nik akan ke surau untuk bersolat jemaah, jadi, barangkali toknik mungkin berada di masjid pada fikiran saya. Rupa-rupanya, setelah mengetuk pintu rumah berulang kali, akhirnya beliau keluar dan menyambut kehadiran saya dengan wajah yang tersenyum.

“Maafkan hasif, tok nik, ganggu tok nik solat pula”. Kata saya perlahan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengannnya. Sambil membongkok, dia menyambut salam yang di hulurkan.”Ingatkan siapa tadi, mat hasif rupanya”.jawabnya lembut. Wajahnya tetap nampak berseri-seri dalam kain tudung putih yang membaluti tubuhnya itu. Nampak ketenangan di balik kerutan dan kedutan yang beribu di wajahnya. Apatah lagi usianya sudah menjangkau hampir 90 tahun tidak lama lagi.

 Rumah tok nik adalah merupakan antara rumah-rumah lama dan yang terawal di bina di kampong surau pasir pekan. Selain itu, rumah-rumah lama yang lain yang turut di miliki oleh saudara mara wan dan nik di kampung itu juga masih ada. Antaranya, rumah Tok Haji Abdullah (Aji Lah), Ust. Wan Yusof (anaknya ahmad adalah 2 pupu saya), Makcik Lah, Mak Nik Arah, dan ramai lagi. Manakala, di bahagian bawah lembah dekat sungai Kelantan pula, terletak rumah Tok Imam Wan Saleh (tok imam wan saleh atau we leh merupakan imam yang mengahwinkan ibu dan wea saya), serta ramai ulama-ulama super senior yang lain.

 Rumah tok nik satu ketika dahulu bercat warna kelabu putih, namun warnanya hampir tidak kelihatan akibat semakin uzur papannya. Sehinggalah, diberi nafas baru, rumah toknik di cat semula dengan warna kuning. Malahan, perabut dan perkakas dalamannya juga sudah di upgrade dengan sebahagian besarnya telah di sumbangkan oleh anak-anak toknik sendiri.

 Masuk ke rumah saya terus kedapur dan meletakkan makanan di atas meja yang terletak di sudut ruang legar dapur rumah. Manakala toknik pula menyalin pakaian solat beliau dan keluar semula memakai baju kurung kedah serta berkain batik.

 “Makanlah toknik, hasif bawakan nasi ayam gulai dengan tea o ais untuk kita makan sama-sama, nyam nyam” sapaku sambil membuka bungkusan makanan. Tok nik hanya melihat sambil matanya melilau-lilau mencari sesuatu di atas bahagian para dapurnya. Begitulah kebiasaannya, beliau tidak betah melihat tetamu yang datang untuk menghidangkan makanan padanya. Baginya, sebagai tuan rumah dialah yang akan menyediakan segala-galanya untuk tetamu meskipun kepada anak-anak dan cucu-cucu sendiri.

Bersambung…

 

Advertisements

Fabregas, Sotong, dan Vuvuzela

Posted: Julai 14, 2010 in Antarabangsa

Tamat sudah musim keraian yang paling besar di dunia- mungkin sebagai pesta terbesar dunia bagi dekad 2000 ini.

 

Sebelum bermula piala dunia lagi, ramai pihak yang meragui akan kemampuan Afrika Selatan sebagai tuan rumah bagi kejohanan edisi ini. Malah, ianya turut di anggap antara persediaan yang paling lembab apatah lagi apabila kebanyakan stadium tidak sempat siap sepenuhnya mejelang perlawanan pembukaan bulan lalu.

 

Namun, hari ini. Segalanya sudah berubah. Sepanyol buat kali pertama dalam sejarah Negara Lembu tersebut telah di tabalkan sebagai juara kejohana FIFA piala dunia buat edisi ke 80 ini.

 

Apa yang menarik untuk dikongsikan adalah munculnya watak-watak penting yang mewarnai sekaligus menjadikan musim piala dunia kali ini adalah antara yang terbaik dalam sejarah.

 

Perlawanan pembukaan yang melibatkan Negara tuan rumah mungkin mencatat sejarah sebagai perlawanan bola sepak paling bising di dunia. Dengan di serikan dengan bunyi vuvuzela – bunyi seakan suara gajah naik minyak itu cukup membingitkan telinga sekalipun kita hanya mendengarnya di kaca televisyen, apatah lagi untuk mendengarnya secara live.

 

Tamat pusingan kedua, seeokor makhluk Allah lagi telah muncul dan di sensasikan menerusi media antarabangsa – Paul – seekor sotong kurita yang di pergunakan untuk meramal perlawanan pasukan Jerman.

 

Paul kini menjadi fenomena antarabangsa setelah hampir ke lapan-lapan ramalannya mengenai perlawanan Negara Jerman 100% tepat! Namun, keputusan yang di ambil tuannya mengenai per”sara” an beliau menimbulkan sedikit tanda tanya. Adakah Paul di”arah”kan bersara hanya kerana semata-mata tuannya ingin mengekalkan prestij dan legasi yang di miliki oleh Paul setakat ini? Atau adakah kerana tuannya tidak sanggup untuk melihat paul di bunuh akibat membuat tilikan yang salah? Wallahu alam. Sesungguhnya Paul hanyalah seekor sotong yang hanya mampu mendengar perintah dan arahan Tuannya yang sebenar, iaitu Allah S.W.T.

 

Menyoroti perkembangan skuad sepanyol pula, tidak banyak boleh di perkatakan tentang kelemahan mereka bermain. Sepanyol memiliki segala-galanya. Kepantasan, kemahiran, kerjasama, kesungguhan serta pemain-pemain muda yang sangat berbakat.

 

Antaranya, adalah pemain muda kegemaran saya, Cesc Fabregas. Adik saya yang berusia 23 tahun ini adalah merupakan kapten termuda dalam sejarah bola sepak pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Bahkan melihat kepada peranan beliau dalam Piala Dunia kali ini, mungkin gelaran yang paling sesuai untuk beliau adalah CESC THE SUPERSUB.

Perlawanan yang kelihatan akan berlarutan sehingga ke kotak penalti itu seolah-olah memperlihatkan perubahan yang sangat drastic apabila Fabregas mula masuk ke padang dan menerajui barisan tengah sepanyol. Segalanya bagaikan tidak menjadi buat rakan sepasukannya dari Belanda, Robin van Persie. Fabregas mula mencipta banyak peluang melalui gerakan pantas dan kreatifnya – peranan yang sama ketika membawa Arsenal ke separuh akhir Liga Juara-Juara – bergandingan bersama Penjaring dan pemain terbaik piala dunia, Andres Iniesta. Dan akhirnya, menerusi satu tolakan yang tepat kepada Iniesta, Fabregas akhirnya telah berjaya membawa Sepanyol menjulang piala dunia. Tahniah buat Fabregas, mudah-mudahan akan terus kekal bersama Arsenal bersama rakan-rakan yang lain – Persie, Walcott, Varmaelen, Chamakh, Koscielny, dll.

 

Pena saya juga berakhir ini. Mungkin ini ulasan terakhir saya tentang Piala Dunia 2010 sebagai penulis bujang. Mungkin Piala Dunia Brazil nanti, saya akan dapat menikmatinya bersama sang Isteri tercinta!!

Brazil Tak Pernah Kalah

Posted: Julai 3, 2010 in Uncategorized

Brazil tak pernah kalah. Meskipun mereka sudah di tunjukkan jalan keluar oleh Belanda bagi kejohanan Piala Dunia edisi Afrika Selatan kali ini, namun hakikatnya, Brazil tidak pernah kalah.

Dengan kemahiran, kepantasan serta seni permainan bola sepak yang mengagumkan cukup menenggelamkan teknik permainan “total football” yang di pamerkan oleh Belanda. Kepantasan yang di tunjukkan Luis Fabiano, kelicikan yang di pamerkan oleh Robinho membuktikan Brazil sebenarnya mempunyai kualiti sebuah pasukan Juara yang sebenar.

 

Apabila Felipe Melo di layangkan Kad Merah oleh Pengadil, segalanya musnah berkecai. Tiada apa lagi yang mampu di buat oleh Brazil lantaran taktik permainan secara defensive oleh Belanda. Permainan mula menjadi berat sebelah. Bagaimana keputusan boleh di lihat adil kalau si buta yang tempang bertempur dengan pendekar yang penuh kelengkapan?

 

Apapun, segalanya sudah berakhir. Brazil sudah boleh berkira-kira untuk memperkemaskan skuadnya bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia bagi edisi 2014 pula. Meskipun tewas dan tersingkir sekali lagi di peringkat suku akhir pada edisi kali ini, namun Brazil sebenarnya tidak pernah kalah!

 

Kini tumpuan saya terarah kepada pasukan Jerman pula. Sebagaimana prinsip saya yang tidak akan menyokong mana-mana pasukan yang pernah menjajah tanah air yang tercinta ini (England, Belanda, Portugal dan Jepun). Semoga Jerman atau pun Argentina akan meneruskan kemaraan mereka untuk merangkul kejuaraan Piala Dunia pada edisi kali ini.

 

p/s : Penghargaan dan tahniah juga untuk Cikgu Subkhiddin kita kerana telah menjalankan tugas beliau dengan baik di pentas Piala Dunia.

Apa Haluan Siswa?

Posted: Julai 1, 2010 in Uncategorized

Tak sampai seminggu lagi, akan berbondong-bondonglah anak-anak muda yang datang dari segenap ceruk rantau Negara ke seluruh IPTA di Negara ini untuk proses pendaftaran bagi sesi pengajian Ijazah Sarjana Muda 2010/2011. Mereka yang datang ini bukan sahaja dengan semangat yang penuh berkobar-kobar di dada malah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk pendaftaran pengajian dan membeli barang-barang keperluan sepanjang berada di kampus.

 Minggu pertama para mahasiswa “segar” (segar di rujuk kepada jiwa yang masih suci dengan apa2 yang mengotorkan mereka di kampus) di panggil Minggu Haluansiswa. Ada sesetengah IPTA menggunakan nama minggu orientasi, minggu suaikenal, minggu mesra siswa dan sebagainya.

Selama seminggu menjalani minggu haluansiswa ini, mereka akan menjalani kursus-kursus yang pelbagai, di ajarkan cara-cara mendaftarkan subjek, berinteraksi dan bersosial dengan semua kaum dan bangsa, dan sebagainya. Tak lupa juga program-program bersifat sukan dan kebudayaan.

 Di sebalik semua ini, terdapat pelbagai peristiwa yang sering dikaitkan dengan minggu haluansiswa ini antaranya adalah kes buli, di paksa oleh pelajar senior, ragging oleh fasilitator/pembantu mahasiswa dan sebagainya.

Namun di sebalik semua itu, Haluan siswa secara jelas adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal cara hidup pra-kampus kepada pada “freshies” ini. Ketika ini sahajalah para mahasiswa akan di bimbing dan di bantu oleh para pembantu mahasiswa/senior khususnya dalam menyelesaikan masalah pinjaman/biasiswa, pendaftaran dan tambah kursus subjek dan sebagainya. Selepas itu, mereka haruslah berusaha sendiri untuk menyesuaikan diri dengan suasana kampus.

Saya telah di beri peluang untuk terlibat dalam minggu haluansiswa sejak sesi 2007 yang lalu. Pengalaman hampir 3 tahun mengendalikan minggu haluansiswa bermula sebagai Timb. Ketua Pembantu Mahasiswa (2007), Ketua Pembantu Mahasiswa (2008) dan Penghulu Minggu Haluansiswa (2008) memberikan saya pengalaman yang cukup berharga untuk di kongsi bersama dengan teman-teman HasifMuslim.

Mobilisasi kehidupan mahasiswa hari ini ternyata jauh berbeza berbanding zaman dahulu. Lebih-lebih lagi menempuhi kehidupan sebagai mahasiswa di Universiti Malaya yang terletak di Lembah Pantai. Pintu masuknya menghala ke KL, pintu keduanya menghala ke PJ dan pintu ketiganya menghala ke Damansara. Bayangkan betapa mudahnya pergerakan para mahasiswa UM untuk kesana ke mari tanpa sebarang halangan.

Apabila saya bercerita tentang Haluansiswa, seperkara yang mengingatkan saya adalah tentang tradisi Cheers. Ianya tradisi turun temurun sejak tahun 90 an lagi. (tak pasti pula tahun 80 an dan sebelumnya). Pernah juga terjadi apabila sesetengah pihak membelasah pihak pengurusan Universiti berkenaan isu ini. Sewaktu saya menjadi Ketua Pembantu Mahasiswa, tradisi cheers ini hampir-hampir di batalkan. Atas alasan ianya hanya menimbulkan rasa asabiyah di kalangan mahasiswa antara kolej-kolej kediaman. Sebenarnya, terdapat pro dan kontra yang agak kontradik tentang budaya Cheers ini. Insyaallah akan di bincangkan nanti.

Setelah hampir 3/4/5 tahun bergelar mahasiswa, mereka ini akan di anugerahkan sama ada, Ijazah kelas pertama, kelas kedua, atau kelas ketiga tanpa kepujian. Di sinilah saatnya para mahasiswa ini di nilai dan bermulanya proses marketing mereka di alam pekerjaan. Sama ada mereka ini marketable atau tidak kepada bakal majikan.

Biasanya, sewaktu proses haluansiswa, memang terdapat beberapa di kalangan mahasiswa yang menunjukkan prestasi yang cemerlang baik dari segi prestasi akademik, sahsiah serta kepimpinan yang sangat menonjol. Namun, di sebabkan oleh beberapa perkara, keadaan itu tidak dapat di teruskan apabila memasuki tahun 2, 3 dan ada juga sehigga terpaksa “extend” untuk menamatkan pengajian. Biasanya, masalah ini timbul di sebabkan kerana terlalu asyik “bercinta”(majoritinya), terlibat dengan perjuangan politik songsang yang merugikan (juga ramai), terlalu aktif bersukan dan mewakili universiti dalam pelbagai bidang sehingga pengajian terjejas.

Saya akui, memang ramai yang menghadapi masalah ini. Termasuklah mereka daripada fakulti sastera, pengajian Islam, pusat kebudayaan dan pusat sukan. Begitu juga mereka dari fakulti Sains, kejuruteraan, perakaunan, perubatan dan pergigian.

Kerana itulah, minggu haluansiswa ini penting bagi seseorang mahasiwa baru untuk menentukan haluan kecemerlangan siswanya untuk masa depan mereka kelak. Janganlah jadi seperti sesetengah kes, sewaktu SPM 10A1, Matrikulasi 3.89. tetapi akhirnya bergraduat dengan hanya CGPA 2.50 sahaja.

Sekadar pandangan untuk di kongsi bersama.