Apa Haluan Siswa?

Posted: Julai 1, 2010 in Uncategorized

Tak sampai seminggu lagi, akan berbondong-bondonglah anak-anak muda yang datang dari segenap ceruk rantau Negara ke seluruh IPTA di Negara ini untuk proses pendaftaran bagi sesi pengajian Ijazah Sarjana Muda 2010/2011. Mereka yang datang ini bukan sahaja dengan semangat yang penuh berkobar-kobar di dada malah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk pendaftaran pengajian dan membeli barang-barang keperluan sepanjang berada di kampus.

 Minggu pertama para mahasiswa “segar” (segar di rujuk kepada jiwa yang masih suci dengan apa2 yang mengotorkan mereka di kampus) di panggil Minggu Haluansiswa. Ada sesetengah IPTA menggunakan nama minggu orientasi, minggu suaikenal, minggu mesra siswa dan sebagainya.

Selama seminggu menjalani minggu haluansiswa ini, mereka akan menjalani kursus-kursus yang pelbagai, di ajarkan cara-cara mendaftarkan subjek, berinteraksi dan bersosial dengan semua kaum dan bangsa, dan sebagainya. Tak lupa juga program-program bersifat sukan dan kebudayaan.

 Di sebalik semua ini, terdapat pelbagai peristiwa yang sering dikaitkan dengan minggu haluansiswa ini antaranya adalah kes buli, di paksa oleh pelajar senior, ragging oleh fasilitator/pembantu mahasiswa dan sebagainya.

Namun di sebalik semua itu, Haluan siswa secara jelas adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal cara hidup pra-kampus kepada pada “freshies” ini. Ketika ini sahajalah para mahasiswa akan di bimbing dan di bantu oleh para pembantu mahasiswa/senior khususnya dalam menyelesaikan masalah pinjaman/biasiswa, pendaftaran dan tambah kursus subjek dan sebagainya. Selepas itu, mereka haruslah berusaha sendiri untuk menyesuaikan diri dengan suasana kampus.

Saya telah di beri peluang untuk terlibat dalam minggu haluansiswa sejak sesi 2007 yang lalu. Pengalaman hampir 3 tahun mengendalikan minggu haluansiswa bermula sebagai Timb. Ketua Pembantu Mahasiswa (2007), Ketua Pembantu Mahasiswa (2008) dan Penghulu Minggu Haluansiswa (2008) memberikan saya pengalaman yang cukup berharga untuk di kongsi bersama dengan teman-teman HasifMuslim.

Mobilisasi kehidupan mahasiswa hari ini ternyata jauh berbeza berbanding zaman dahulu. Lebih-lebih lagi menempuhi kehidupan sebagai mahasiswa di Universiti Malaya yang terletak di Lembah Pantai. Pintu masuknya menghala ke KL, pintu keduanya menghala ke PJ dan pintu ketiganya menghala ke Damansara. Bayangkan betapa mudahnya pergerakan para mahasiswa UM untuk kesana ke mari tanpa sebarang halangan.

Apabila saya bercerita tentang Haluansiswa, seperkara yang mengingatkan saya adalah tentang tradisi Cheers. Ianya tradisi turun temurun sejak tahun 90 an lagi. (tak pasti pula tahun 80 an dan sebelumnya). Pernah juga terjadi apabila sesetengah pihak membelasah pihak pengurusan Universiti berkenaan isu ini. Sewaktu saya menjadi Ketua Pembantu Mahasiswa, tradisi cheers ini hampir-hampir di batalkan. Atas alasan ianya hanya menimbulkan rasa asabiyah di kalangan mahasiswa antara kolej-kolej kediaman. Sebenarnya, terdapat pro dan kontra yang agak kontradik tentang budaya Cheers ini. Insyaallah akan di bincangkan nanti.

Setelah hampir 3/4/5 tahun bergelar mahasiswa, mereka ini akan di anugerahkan sama ada, Ijazah kelas pertama, kelas kedua, atau kelas ketiga tanpa kepujian. Di sinilah saatnya para mahasiswa ini di nilai dan bermulanya proses marketing mereka di alam pekerjaan. Sama ada mereka ini marketable atau tidak kepada bakal majikan.

Biasanya, sewaktu proses haluansiswa, memang terdapat beberapa di kalangan mahasiswa yang menunjukkan prestasi yang cemerlang baik dari segi prestasi akademik, sahsiah serta kepimpinan yang sangat menonjol. Namun, di sebabkan oleh beberapa perkara, keadaan itu tidak dapat di teruskan apabila memasuki tahun 2, 3 dan ada juga sehigga terpaksa “extend” untuk menamatkan pengajian. Biasanya, masalah ini timbul di sebabkan kerana terlalu asyik “bercinta”(majoritinya), terlibat dengan perjuangan politik songsang yang merugikan (juga ramai), terlalu aktif bersukan dan mewakili universiti dalam pelbagai bidang sehingga pengajian terjejas.

Saya akui, memang ramai yang menghadapi masalah ini. Termasuklah mereka daripada fakulti sastera, pengajian Islam, pusat kebudayaan dan pusat sukan. Begitu juga mereka dari fakulti Sains, kejuruteraan, perakaunan, perubatan dan pergigian.

Kerana itulah, minggu haluansiswa ini penting bagi seseorang mahasiwa baru untuk menentukan haluan kecemerlangan siswanya untuk masa depan mereka kelak. Janganlah jadi seperti sesetengah kes, sewaktu SPM 10A1, Matrikulasi 3.89. tetapi akhirnya bergraduat dengan hanya CGPA 2.50 sahaja.

Sekadar pandangan untuk di kongsi bersama.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s