Arkib untuk Ogos, 2010

Tahniah! Universiti Malaya sekali lagi berjaya menempatkan dirinya dalam kumpulan 50 Universiti terbaik Asia dalam senarai ranking universiti terbaik bagi kategori Asia yang telah di keluarkan oleh QS World University Ranking   baru-baru ini.Universiti Malaya menduduki tempat 42 terbaik asia, jatuh 3 anak tangga berbanding tahun lalu iaitu di tangga 39 pada tahun 2009. Dengan mencatat score 73.80 pada tahun ini berbanding score 71.80 pada 2009 sebenarnya adalah satu peningkatan yang lebih baik. Namun, tampaknya Universiti lain telah berusaha lebih gigih dari kita.

Di rantau Asia Tenggara pula, kita adalah di belakang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang gah di kedudukan ketiga terbaik Asia berbanding tempat ke-10 tahun lalu dan juga Universiti Mahidol, Thailand yang mencatat peningkatan ke tempat 28 berbanding tempat 30 pada tahun lalu.

Manakala universiti tempatan yang lain seperti UKM(58), Universiti Apex, USM(69), UPM(77) dan UTM(82) boleh berpuas hati kerana sekurang-kurangnya tersenarai dalam kedudukan 100 terbaik Asia. Selain itu UIA juga mula menampakkan peningkatan yang memberangsangkan meskipun sebelum ini mereka tidak menyertai kaedah penyenaraian yang di buat oleh QS World University Ranking.

Situasi Jongkang-jongkit ini sebenarnya masih lagi menimbulkan persoalan dan tanda tanya tentang arah tuju dan kemampuan Institusi Pengajian Tinggi tempatan untuk terus bersaing dengan Universiti-universiti lain bukan sahaja di Asia bahkan di seluruh dunia.

Pelan strategik Pengajian Tinggi negara seperti yang di perkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi satu ketika dahulu seolah-oleh tidak mampu merubah situasi ini. Apa yang lebih membimbangkan, kemunculan universiti-universiti seperti Chiba University, National Cheng Kung University yang sebelum ini di bawah kita, kini kian mempamerkan peningkatan yang jauh lebih baik.

Apa yang penting, usaha-usaha seperti meningkatkan lagi jumlah penyelidikan dan pembangunan (R&D), penerbitan jurnal bertaraf ISI, perekrutan tenaga pengajar bermutu tinggi dan kebolehupayaan tenaga akademik perlu di perkukuh bagi memastikan jurang antara kita dengan institusi pengajian tinggi yang lain atau sekurang-kurangnya dengan Universiti Mahidol di Thailand tidak berbeza begitu jauh.

Selain itu, program-program pembangunan akademik pelajar seperti program pertukaran pelajar, pengambilan pelajar-pelajar antarabangsa (janganlah tertumpu kepada pelajar Timur Tengah/ Afrika sahaja) dari seluruh dunia dan pembangunan ko-kurikulum juga menjadi antara ciri-ciri penting untuk meletakkan Institusi Pengajian Tinggi negara di landasan yang terbaik untuk berada sama tinggi dengan universiti terkemuka dunia yang lain seperti Harvard, Cambridge mahupun MIT

 

Kampung surau Pasir Pekan adalah sebuah kampung yang mempunyai populasi penduduk yang agak padat. Meskipun taburan kependudukannya adalah tidak sekata, namun kebanyakan masyarakat di kampung Pasir Pekan amat mengenali antara satu sama lain.

 Datuk saya sebelah bapa bernama Wan Abu Bakar bin Wan Ismail bin Wan Abdullah (Tok khatib). Manakala nenek saya bernama Nik Maimah bt Nik Husin bt Nik Yaakub. Kedua-duanya mempunyai salasilah keturunan Nik dan Wan yang mewarisi daripada nenek moyang terdahulu yang merupakan antara orang yang terawal menetap dan bermastautin di kampung surau Pasir Pekan ini.

 Banyak versi yang memperkatakan tentang keturunan Nik dan Wan ini. Saya tidaklah arif dan berhajat ingin mengulas panjang berkenaan perihal ini. Cuma melalui temubual saya bersama TokNik bulan Julai yang lalu, sanak saudara  Toknik (Nenek) dan Tokwan (Datuk) sudah berhijrah dan bermigrasi ke serata pelusuk dunia. Katanya, ada di antara mereka yang menetap di Bangkok, Pattani, Krabi, Songkhla, Kg. Saiburi dan beberapa wilayah di Utara dan Selatan Thailand. Ada juga yang menjadi warganegara Amerika Syarikat, Switzerland dan Indonesia. Malah masih ada lagi yang belum di kenalpasti.

 Hasil perkahwinan Hj. Wan Abu Bakar dan Hjh. Nik Maimah telah melahirkan 5 orang anak iaitu Hjh. Wan Aminah (Pesara guru), Hj. Wan Mohd Saleh (Mantan Vice President MIMOS, kini Pengarah AJV Holding di Cyberjaya) , Hj. Wan Muhamat Ali (Ayahanda saya), Hjh. Wan Asmaa (Profesor Madya di UITM) dan Hj. Wan Mohd Zaki (Guru).

 Hj. Wan Abu Bakar mempunyai 4 orang adik beradik iaitu Wan Zainab (Tok we nab), Wan Abdullah (Tok we lah), Wan Zakaria (Tok we ya), dan Hjh. Maimunah (Tok su nah).

 Hjh. Nik Maimah* pula mempunyai 3 beradik iaitu Nik “Min”, Nik “Boh” dan Nik Hasbullah (Tok We Su). Beliau juga mempunyai sepupu rapat di Saiburi iaitu Tok Wan Him @ Dr. Ibrahim yang mempunyai klinik di wilayah tersebut. Tok Wan Him ini berkahwin dengan Tengku Sar’iyyah yang merupakan sepupu kepada Tengku Anis Tengku Abdul Hamid (Raja Permaisuri Kelantan sekarang). Di wilayah tersebut juga, di katakan ramai lagi waris dan saudara mara beliau yang masih hidup.

 Beliau juga mempunyai perkaitan dengan Dato’ Nik Muhammad Kamil (melalui susur galur Nik Husin dan Nik Yaakub) yang merupakan Perdana Menteri Kelantan beberapa abad yang lalu. Dato’ Nik Muhammad Kamil amat terkenal sebagai wakil sultan yang berangkat mewakili Sultan Kelantan menghadap Raja Siam dan menghantar ufti bunga emas melalui kapal-kapal yang di kemudikan oleh Nakhoda Wan Ali.

 Nakhoda Wan Ali pula merupakan seorang pengembara yang sangat mahir dalam kemahiran pengemudian kapal. Lama setelah jauh merantau dan belayar di tempat orang beliau kemudiaannya pulang ke tanah Kelantan dan membuka Pasir Pekan (dahulunya sebagai Kampung Pasir/Pekan) dan menetap di situ. Cucu cicitnya terus berkembang di situ termasuklah Toknik dan Tokwan.

 Banyak lagi yang di ceritakan oleh Toknik mengenai susur galur dan keturunan saya, namun hanya sebahagian sahaja yang dapat saya kongsikan di sini. Subhanallah, besarnya kuasa Allah yang menjadikan manusia dari seorang insan bernama Adam, lalu mencipta Hawa dan kemudiannya berkembang biak mencecah populasi billion manusia sehingga ke hari ini.

 Sebenarnya, perkongsian ini hanyalah sekadar satu inisiatif memandangkan usia Nenek saya sudah semakin di mamah waktu. Mungkin ini adalah waktu yang terbaik untuk saya membuat temubual dan bercerita bersama beliau dalam keadaan yang lebih santai sebelum Allah memanggilnya pulang kelak.

 Salasilah keturunan pula pada pendangan saya amat penting untuk di ketahui supaya mengingatkan kita kepada orang-orang tua yang terdahulu seterusnya mampu mengeratkan lagi silaturrahim sesama keluarga apabila bertemu waris dan saudara mara terutamanya pada musim-musim perayaan tak lama lagi.

 Selain itu, ianya penting untuk memperkukuh asas keimanan kita kepada Allah s.w.t melalui pengetahuan kita terhadap susur galur keluarga dan asal-usul kita sendiri. Ianya perlu bagi mengelakkan kita mendengar dan mendapat berita-berita yang palsu berkenaan keturunan kita.

 Sesungguhnya, dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita kembali.

 Wallahu A’lam.

 *Berdasarkan temubual bersama Toknik sewaktu kepulangan ke Kota Bharu, Julai 2010.