Arkib untuk Jun, 2011

Meraikan kerja/tugasan

Posted: Jun 16, 2011 in Uncategorized

Ramai diantara kita mengeluh apabila diberikan tugasan yang begitu banyak oleh bosses. Kadangkala kita merasa geram dengan sikap dan perangai bosses yang mungkin kurang memahami dengan bebanan tugasan yang kita laksanakan sekarang. Berikut adalah beberapa tips untuk meraikan kerja dan tugasan yang diberikan oleh bosses mengikut pengalaman dan kaca mata saya sendiri (tanpa merujuk kepada porter, covey atau McKinsey);

a. Lillahi Ta’ala (sudah pasti niat adalah permulaan segalanya, ikhlaskan hati kerana Allah)

b. Cari faktor perangsang ( boleh jadi isteri atau bakal isteri, anak-anak, ibu bapa, atau mungkin cari seorang figure yg memang kita suka, yg baik personalitinya, maka kita akan lebih happy bila berinteraksi bersamanya)

c. Jadikan Ancaman sebagai Peluang (part ni susah sket, btl2 kena master n faham art of wisdom disebaliknya)

d. Pastikan adakan makanan or minuman (paling koman pun gula-gula torbo/hudsons or air mineral)

e. Fikirkan esok dan kelmarin (bila nak siapkan tugas fikir hari sebelum dan selepas itu, so that, kita akan lebih menghargai masa)

f. Jatuh cinta dengan tugas (pastikan jatuh cinta dengan tugas yang diberikan, kalau x berjaya, bagitau bos minta kasik job lain!)

g. Book ticket wayang pada malam tu. (bila kita da book tiket, so kita akan lebih terinspirasi untuk menyiapkan tugas kita dgn cepat! tapi takleh amalkan selalu lah)

h. Pupuk rasa kasih pada bos. (bila rasa kasih tu muncul, barulah rasa best nak mengadap dia hari2).

Banyak lagi tips-tips lain yang boleh dikongsi, insyaallah, semoga beroleh manfat!

Selamat meraikan kerja!~

14. Saya tiba di rumah saya di Serdang tepat jam 9.00 malam. Mata begitu mengantuk dan akhirnya terlelap di sofa ruang tamu rumah. Begitu juga toknik, sudah tersenyum puas kerana Allah telah mempertemukannya dengan anak-anak, cucu-cucu dan cicitnya serta saudara mara sahabat handai dan kerabat Pasir Pekan sebelum beliau pergi selama-lamanya.

15. Kata makcik, pemergian toknik adalah sebagaimana perginya Tok Wan 22 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1989. Tok wan sakit berat, kemudian ramailah saudara-mara, kaum kerabat yang datang menziarah, kemudian tokwan kembali normal, apabila semua sudah pulang, tokwan terus pergi menghadap ilahi. Syukurlah, jenazah toknik sudah selamat di kebumikan pada petang itu juga selepas solat asar. Mama dan wea antara yang memandikan jenazah arwah. Sesudah solat jenazah di Masjid Pasir Pekan, arwah terus dibawa ke Tanah perkuburan Pasir Pekan, dan di maqamkan di sebelah kubur suaminya tercinta, Tok Wan.

16. Allahu akbar. Besar sungguh kejadian tuhan. Kisah hidup dan cinta toknik kepada tokwan benar-benar abadi. Saya menginsafi akan hakikat kehidupan dunia yang tidak kekal ini. Pemergiannya benar-benar terasa dihati. Semoga Allah s.w.t. akan sentiasa mencucuri rahmatNya pada Arwah@gemulah Toknik dan Tokwan.

Tok Nik, selamat tinggal. Semoga berjumpa di akhirat sana, Insyallah…