Archive for the ‘Antarabangsa’ Category

Fabregas, Sotong, dan Vuvuzela

Posted: Julai 14, 2010 in Antarabangsa

Tamat sudah musim keraian yang paling besar di dunia- mungkin sebagai pesta terbesar dunia bagi dekad 2000 ini.

 

Sebelum bermula piala dunia lagi, ramai pihak yang meragui akan kemampuan Afrika Selatan sebagai tuan rumah bagi kejohanan edisi ini. Malah, ianya turut di anggap antara persediaan yang paling lembab apatah lagi apabila kebanyakan stadium tidak sempat siap sepenuhnya mejelang perlawanan pembukaan bulan lalu.

 

Namun, hari ini. Segalanya sudah berubah. Sepanyol buat kali pertama dalam sejarah Negara Lembu tersebut telah di tabalkan sebagai juara kejohana FIFA piala dunia buat edisi ke 80 ini.

 

Apa yang menarik untuk dikongsikan adalah munculnya watak-watak penting yang mewarnai sekaligus menjadikan musim piala dunia kali ini adalah antara yang terbaik dalam sejarah.

 

Perlawanan pembukaan yang melibatkan Negara tuan rumah mungkin mencatat sejarah sebagai perlawanan bola sepak paling bising di dunia. Dengan di serikan dengan bunyi vuvuzela – bunyi seakan suara gajah naik minyak itu cukup membingitkan telinga sekalipun kita hanya mendengarnya di kaca televisyen, apatah lagi untuk mendengarnya secara live.

 

Tamat pusingan kedua, seeokor makhluk Allah lagi telah muncul dan di sensasikan menerusi media antarabangsa – Paul – seekor sotong kurita yang di pergunakan untuk meramal perlawanan pasukan Jerman.

 

Paul kini menjadi fenomena antarabangsa setelah hampir ke lapan-lapan ramalannya mengenai perlawanan Negara Jerman 100% tepat! Namun, keputusan yang di ambil tuannya mengenai per”sara” an beliau menimbulkan sedikit tanda tanya. Adakah Paul di”arah”kan bersara hanya kerana semata-mata tuannya ingin mengekalkan prestij dan legasi yang di miliki oleh Paul setakat ini? Atau adakah kerana tuannya tidak sanggup untuk melihat paul di bunuh akibat membuat tilikan yang salah? Wallahu alam. Sesungguhnya Paul hanyalah seekor sotong yang hanya mampu mendengar perintah dan arahan Tuannya yang sebenar, iaitu Allah S.W.T.

 

Menyoroti perkembangan skuad sepanyol pula, tidak banyak boleh di perkatakan tentang kelemahan mereka bermain. Sepanyol memiliki segala-galanya. Kepantasan, kemahiran, kerjasama, kesungguhan serta pemain-pemain muda yang sangat berbakat.

 

Antaranya, adalah pemain muda kegemaran saya, Cesc Fabregas. Adik saya yang berusia 23 tahun ini adalah merupakan kapten termuda dalam sejarah bola sepak pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Bahkan melihat kepada peranan beliau dalam Piala Dunia kali ini, mungkin gelaran yang paling sesuai untuk beliau adalah CESC THE SUPERSUB.

Perlawanan yang kelihatan akan berlarutan sehingga ke kotak penalti itu seolah-olah memperlihatkan perubahan yang sangat drastic apabila Fabregas mula masuk ke padang dan menerajui barisan tengah sepanyol. Segalanya bagaikan tidak menjadi buat rakan sepasukannya dari Belanda, Robin van Persie. Fabregas mula mencipta banyak peluang melalui gerakan pantas dan kreatifnya – peranan yang sama ketika membawa Arsenal ke separuh akhir Liga Juara-Juara – bergandingan bersama Penjaring dan pemain terbaik piala dunia, Andres Iniesta. Dan akhirnya, menerusi satu tolakan yang tepat kepada Iniesta, Fabregas akhirnya telah berjaya membawa Sepanyol menjulang piala dunia. Tahniah buat Fabregas, mudah-mudahan akan terus kekal bersama Arsenal bersama rakan-rakan yang lain – Persie, Walcott, Varmaelen, Chamakh, Koscielny, dll.

 

Pena saya juga berakhir ini. Mungkin ini ulasan terakhir saya tentang Piala Dunia 2010 sebagai penulis bujang. Mungkin Piala Dunia Brazil nanti, saya akan dapat menikmatinya bersama sang Isteri tercinta!!

“DUNIA HANYA MAMPU MENYALAK”

Posted: Januari 1, 2009 in Antarabangsa

palestine

 

Pada tanah dan darah bumi anbiya’

Terkujur dan terbujur kaku mungil batang tubuh anak kecil

Dadanya berulat

Kepalanya herot

Kakinya bengkok

 

Aneh sekali tiada siapa mempedulikannya

Tiada siapa berani menatap

Apatah lagi mengangkat

 

Aneh sekali bukan satu dua

Ratusan malah ribuan anak kecil yang sama keadaannya

Mungil lagi kerdil

 

Kasihan anak itu

Di mana bapanya

Ke mana ibunya

Bukankah dia anak kecil yang mendamba kasih orang tuanya

 

Dia rindu tanah Gazanya

Dia ingin bersama temannya menelusuri tanah Palestina

Dia kangen mahu bertemu Tuhannya di Al-aqsa

 

Dalam kaku anak itu mendengar

Suara-suara ngauman garang datang dari segenap inci tubuhnya

Dari timur hingga ke barat

Suara itu mencaci maki mereka yang menjadikannya demikian

 

Celakalah Israel

Binatang rakus tiada jiwa kemanusiaan

Haiwan jijik penceroboh tamadun

Persetan negara harammu!

 

Anak ini hairan kenapa ia tidak menangis

Walhal kesakitannya perit

Hatinya sakit

Ia tidak pernah bermusuh

Jauh sekali bergaduh

 

Ajaib anak ini

Wangian firdaus menusuk hidungnya

Hanyir darah berbau kasturi

Busuk mayat menjadi suci

 

Biarlah anak ini mati

Sedang kita hanya mampu melihat

 

Biarlah anak ini pergi

Sedang dunia hanya mampu menyalak

GUGURNYA PERINDU SYAHID

Posted: November 9, 2008 in Antarabangsa

bali-bomber1

Ketika artikel ini di tulis, ribuan rakyat Indonesia sedang dan masih “berperang” dengan pihak polisi sebaik sahaja keranda jenazah yang di baluti ayat-ayat suci Al Quran yang membawa Amrozi, 47, Ali Ghufron @ Mukhlas, 48, dan Imam Samudra, 38 selamat di kebumikan.

Bukit Nirbaya, Pulau Nusakambangan menjadi saksi betapa jasad ketiga-tiga pengebom bali ini akhirnya terkulai layu tidak bernyawa setelah di tembak di bahagian jantung oleh pasukan penembak tepat yang di bawakan khas untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Dengan pengkebumian ini, maka berakhirlah satu lagi episod perjuangan yang menimbulkan tanda tanya kepada kita betapa kematian mereka adalah merupakan sesuatu yang patut di tangisi atau di syukuri. (selanjutnya…)

Pentingkah Siapa Presiden?

Posted: November 3, 2008 in Antarabangsa

Saat yang di nantikan hampir seluruh masyarakat dunia tentang siapakah yang bakal menerajui Rumah Putih bakal terjawab esok. Sudah pasti semua mata dunia memandang kepada persaingan sengit di antara Barack Obama dan John Mc Cain dalam perebutan jawatan Presiden A.S itu.

 

Saya tertanya-tanya, apakah kuasa yang ada pada seorang yang bergelar Presiden A.S? Kuat sangatkah mereka sehingga boleh mempengaruhi dasar-dasar serta polisi kebanyakan negara-negara dunia ketiga? Magik sangatkah mereka sehingga mampu mengucar-ngacirkan kebanyakan negara-negara Islam?

 

Ketika hampir kebanyakan masyarakat di A.S memberikan sokongan kepada Barack Obama sebagai calon favourite bagi memenangi kerusi Presiden, sokongan terhadap John Mc Cain pula dilihat semakin kurang popular dan terus menurun. Malah media-media kebanyakan negara-negara asia dan negara-negara Islam dilihat hampir kesemuanya memberikan sokongan kepada Obama. (selanjutnya…)