Archive for the ‘Hiburan’ Category

Ketika saya di ajak rakan-rakan sekampung untuk menonton filem ini, saya membayangkan bahawa orang yang akan menonton filem ini sudah pastilah di kalangan orang-orang Kelantan dan sedikit dari negeri-negeri pantai timur yang lain. Rupa-rupanya tekaan saya tepat sekali. Bunyi riuh rendah suasana di dalam bilik tayangan dengan hilai tawa dan bunyi gurauan dalam dialek Kelantan oleh sebahagian penonton cukup membingitkan bilik tayangan itu. ”Haa, tok amareka la saing nga budok sejid!”, Kadangkala, terdengar juga ajukan salah satu babak dalam filem tersebut di ulang-ulang oleh mereka.

 

Filem arahan Wan Azli Wan Jusoh serta terbitan Ahmad Puad Onah ini mengisarkan tentang kisah hidup seorang pemuda Kelantan yang tinggal merantau di Kuala Lumpur. Watak utama lakonan seorang pengajar di pusat kebudayaan Universiti Malaya ini dengan nama Jaha (Adzhar),(Mohd Asrulfaizal) serta di gandingkan dengan watak Buchek lakonan Danny Xfactor dan Nor lakonan Bienda ini turut memaparkan kisah cinta dan pengorbanan.

 

Walau bagaimana pun, pandangan stereotaip perihal masyarakat Kelantan turut di paparkan oleh pengarah. Saya memerhati dengan penuh tanda tanya apabila watak Jaha ini di gambarkan sebagai seorang yang sangat jahat, perompak, penyamun, penghidu gam dan ubat batuk, kaki perempuan, perogol, pedagang wanita dan kaki pukul. Ya! Hampir segala sifat-sifat gedebe di gambar sebagai sangat sinonim dengan orang Kelantan. Apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh pengarah?

 

Paling mengejutkan saya, salah satu babak di mana Jaha serta rakan-rakannya ingin merogol Ana (Watak mangsa rogol) di lakukan di sebalik ayat-ayat suci Al Quran tergantung di dinding! Masya Allah! Seolah-olah satu penghinaan yang cukup dasyat di hadapan ayat-ayat suci Nya meskipun alasan yang di berikan adalah sekadar lakonan. Tidak cukup lagikah penghinaan terhadap Islam yang di lakukan di dalam Filem Gubra? (selanjutnya…)