Archive for the ‘Islam’ Category

makkahMusim cuti sekolah dan IPTA pada tahun ini memaparkan cerita yang cukup menarik untuk di hayati dan di renungi. Bencana alam, kanak-kanak berkhatan, ibadah korban, Aidil adha, serta tidak kurang juga yang melangsungkan perkahwinan.

 

Sebelum meneruskan nukilan, di kesempatan maya ini, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat maya saya, saudara hafizuddin abirerah yang juga melangsungkan perkahwinan beliau dalam musim cuti Disember ini. Tidak lupa juga buat Sdr. Wan Mohd Irfan di Kelantan dan Sdr. Izzat Amir yang juga melangsungkan perkahwinan pada Disember ini. Moga-moga Masjid yang di bina akan tetap utuh berpanjangan sehingga ke zuriat soleh dan solehah yang seterusnya. Ameen. Terkadang, cemburu juga saya melihat rakan-rakan yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak yang comel untuk menyinari hidup mereka sekeluarga. (”,)

 

Saudaraku sekalian,

 

Hujung tahun ini juga menyaksikan banyak kes-kes perceraian berlaku, menurut sumber daripada JAKIM,islam jumlah perceraian yang berlaku sehingga disember 2007 adalah sebanyak 20,529 kes. Statistik ini juga sebenarnya menunjukkan peningkatan yang begitu ketara berbanding 17 tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1990, sebanyak 11,194 kes sahaja.

 

Mengapa kes-kes perceraian ini terjadi? Sedangkan sewaktu melafazkan aqad, si suami dengan penuh perasaan cinta dan kasih yang membunga menyatakan bahawa akan menjaga si isteri dengan sebaik-baiknya, malah di saat si suami menyarungkan cincin perkahwinan kepada si isteri, di situlah bermulanya ikatan yang menghubungkan kedua-dua suami dan isteri sebagai satu ikatan, satu nyawa, satu hati dan satu cinta. Penyelesiannya, ISLAM.

 

Benarlah Allah itu maha membolak-balikkan hati, serapi dan sesempurna mana perancangan manusia sekalipun, Allah bisa mengubahnya. Kun Fayakun. Jadi Kata Nya, maka Jadilah! Inilah yang harus di fahami sebagaimana Firman Allah di dalam surah Al Imran. Di situ Allah menegaskan bahawa perancanganNya adalah yang terbaik! Maka, tiada siapa yang berhak atau mampu menghalang susunanNya waima sekuat manapun cinta seseorang itu kepada isteri atau suaminya.

 

Sebenarnya, saya ingin menyentuh kisah seorang wanita pertama terulung di dunia ini. Semalam saya muhammadterbaca kisah beliau lantas menitiskan air mata betapa luhurnya kasih seorang isteri yang sanggup berkorban buat suaminya, Rasulullah S.A.W. Siapakah wanita yang sangat istimewa ini sehinggakan di saat Rasulullah bersama ister-isterinya yang lain, namanya masih menjadi sebutan dan kerinduan abadi Rasulullah? Namanya Saidatina Khadijah Binti Khuwailid. Saya pasti nama ini tidaklah asing terutamanya di kalangan orang-orang Malaysia. Bahkan, di kampung-kampung panggilan ini telah menjadi lebih glamour dengan nama timangan Mak Jah, Mek dijah dan sebagainya. Tak kurang juga ianya di komersialkan dengan nama Deja, Khaty dan bermacam-macam lagi. Haha, agak meremangkan di buatnya.

 

Saudara,

 

Khadijah adalah bukan sahaja Isteri, tetapi adalah nyawa kepada Rasulullah, Muhammad S.A.W. Ya. Dia adalah Cinta Rasulullah, dia adalah Kasih Rasulullah, dia adalah Penawar Rasulullah dan dia adalah lambang fitrah Rasulullah kepada seorang makhluk bernama wanita.

 

Di saat usianya mencapai puncak keagungan, hartanya melimpah ruah, rupa parasnya cantik dan elok, pekertinya luhur, keturunannya mulia bahkan seluruh Makkah mengagumi Khadijah, Khadijah pula bertindak cukup di luar jangkaan ramai.

 

rasulullahAllah mencampakkan kasih dan cinta di hati Khadijah ketika itu. Allah membutakan Khadijah daripada ketampanan dan kemewahan jejaka-jejaka Arab yang lain dan menyediakan diri Khadijah sebagai seorang pembantu dan teman setia bagi seorang Rasul yang akan menggegarkan dunia sepanjang zaman, Muhammad S.A.W.

 

Sewaktu di tanya Rasulullah tentang siapakah yang akan mengikuti dan menyahut seruan Islam yang di bawanya di dalam peristiwa kenabian, Khadijah dengan lantang dan yakin menyahut ”Sayalah orangnya! Yang sanggup mendengar dan menerima seruan kanda, dakwahlah saya sebelum kanda berdakwah kepada yang lain. Saya tetap rela menyerah kepada kanda, mempercayai kerasulan kanda dan beriman dengan Tuhan Kanda!”

 

Di saat Bani Hasyim mengenakan kepungan dan sekatan ekonomi terhadap Rasulullah dan Muslimin yang lain, Khadijahlah orang yang menyalurkan paling banyak bantuan bagi membantu perjuangan Islam ketika itu.

 

Subhanallah..Khadijah telah memaparkan satu contoh pengorbanan yang tiada taranya kepada isteri-isteri dan wanita yang ada di dunia zaman ini! Ya, demi cinta kepada Allah, Khadijah sanggup berkorban, berkorban harta, jiwa dan segalanya demi Rasul Allah ini.

 

Khadijah memahamkan saya apa itu harga sebuah pengorbanan. Betapa demi cinta kepada Allah, Rasulullah dan Islam, kita harus berkorban. Berkorban segalanya. Dengan pengorbanan inilah, kita mengharapkan maghfirah dan pengampunan dari Allah S.W.T.

 

Dialah wanita mukmin sejati.

Dialah wanita yang pemurah dan setia kepada kekasih hatinya, Rasulullah.

Dialah wanita yang berani dan bijaksana fikirannya.

Dialah wanita yang menolak dunia demi akhiratnya.

Dialah Siti Khadijah binti Khuwailid, kekasih Rasulullah.

 

Terima kasih Khadijah kerana memberi erti cinta dan pengorbanan yang sangat tepat!

 

Terima kasih Khadijah! Barakallahu alaik ya ummi!

 

 

HasifMuslim

1200, 10/12/2008