Archive for the ‘Kemahasiswaan’ Category

Tahniah! Universiti Malaya sekali lagi berjaya menempatkan dirinya dalam kumpulan 50 Universiti terbaik Asia dalam senarai ranking universiti terbaik bagi kategori Asia yang telah di keluarkan oleh QS World University Ranking   baru-baru ini.Universiti Malaya menduduki tempat 42 terbaik asia, jatuh 3 anak tangga berbanding tahun lalu iaitu di tangga 39 pada tahun 2009. Dengan mencatat score 73.80 pada tahun ini berbanding score 71.80 pada 2009 sebenarnya adalah satu peningkatan yang lebih baik. Namun, tampaknya Universiti lain telah berusaha lebih gigih dari kita.

Di rantau Asia Tenggara pula, kita adalah di belakang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang gah di kedudukan ketiga terbaik Asia berbanding tempat ke-10 tahun lalu dan juga Universiti Mahidol, Thailand yang mencatat peningkatan ke tempat 28 berbanding tempat 30 pada tahun lalu.

Manakala universiti tempatan yang lain seperti UKM(58), Universiti Apex, USM(69), UPM(77) dan UTM(82) boleh berpuas hati kerana sekurang-kurangnya tersenarai dalam kedudukan 100 terbaik Asia. Selain itu UIA juga mula menampakkan peningkatan yang memberangsangkan meskipun sebelum ini mereka tidak menyertai kaedah penyenaraian yang di buat oleh QS World University Ranking.

Situasi Jongkang-jongkit ini sebenarnya masih lagi menimbulkan persoalan dan tanda tanya tentang arah tuju dan kemampuan Institusi Pengajian Tinggi tempatan untuk terus bersaing dengan Universiti-universiti lain bukan sahaja di Asia bahkan di seluruh dunia.

Pelan strategik Pengajian Tinggi negara seperti yang di perkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi satu ketika dahulu seolah-oleh tidak mampu merubah situasi ini. Apa yang lebih membimbangkan, kemunculan universiti-universiti seperti Chiba University, National Cheng Kung University yang sebelum ini di bawah kita, kini kian mempamerkan peningkatan yang jauh lebih baik.

Apa yang penting, usaha-usaha seperti meningkatkan lagi jumlah penyelidikan dan pembangunan (R&D), penerbitan jurnal bertaraf ISI, perekrutan tenaga pengajar bermutu tinggi dan kebolehupayaan tenaga akademik perlu di perkukuh bagi memastikan jurang antara kita dengan institusi pengajian tinggi yang lain atau sekurang-kurangnya dengan Universiti Mahidol di Thailand tidak berbeza begitu jauh.

Selain itu, program-program pembangunan akademik pelajar seperti program pertukaran pelajar, pengambilan pelajar-pelajar antarabangsa (janganlah tertumpu kepada pelajar Timur Tengah/ Afrika sahaja) dari seluruh dunia dan pembangunan ko-kurikulum juga menjadi antara ciri-ciri penting untuk meletakkan Institusi Pengajian Tinggi negara di landasan yang terbaik untuk berada sama tinggi dengan universiti terkemuka dunia yang lain seperti Harvard, Cambridge mahupun MIT

Telah lama tidak menulis. Rasanya hampir 2 bulan sejak Mac yang lalu blog ini di tinggalkan tidak bertuan. Ramai juga di kalangan teman-teman dan makcik2 yang bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis. Sebenarnya, selain kekangan masa yang begitu menghambat, mood juga memainkan peranan khususnya dalam melahirkan rasa dan “feel” untuk menghasilkan tulisan yang baik dan bermanfaat kepada semua pembaca.

 Coretan saya kali ini adalah berkisarkan “Kesarjanaan”. Wah! Bukan main hebat lagi perkataannya. Nak jadi Profesor ke? Ke nak jadi orang akademik dah sekarang? Tak. Bukan begitu. Saya menyebut kesarjanaan kerana saya percaya setiap orang di dunia ini memilik kesarjanaan tersendiri. Masing-masing punya kemahiran dan keunikan. Memiliki kesarjanaan juga bukannya bermaksud wajib ber”title” kan Dr./Prof. dan sebagainya.

 Memiliki kesarjanaan bermaksud, kita memiliki prinsip dan paradigma kita tersendiri dalam memberi pandangan. Ianya bermaksud kita tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan dan pandangan pihak lain yang ternyata bercanggah dengan pendirian kita. Kita mesti yakin bahawa apa yang di nyatakan adalah benar dan tidak menyalahi disiplin ilmu yang di pelajari.

 Bercakap soal kesarjanaan ini, sememangnya, untuk mengukur peringkat kesarjanaan seseorang itu agak rumit. Kerana setiap orang mempunyai tahap penilaian yang berbeza. Berbeza pula dalam mengukur tahap keimanan. Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa”. Justeru, kesarjanaan ini juga merupakan sesuatu yang sangat subjektif.

 Meniti hari-hari yang penuh mencabar di masa hadapan, saya juga berusaha keras untuk mencapai tahap kesarjanaan terbaik saya. Insyaallah, saya berharap dan bermohon padaNya semoga di permudahkan untuk saya menamatkan pengajian Sarjana saya di UM selewat-lewatnya akhir tahun hadapan. Dan terus mengorak langkah selepas itu utk ke peringkat Doktor Falsafah. Saya ingin berhijrah ke mana-mana tempat di bumi Allah ini untuk tempoh pengajian itu.

 Alhamdulillah, laluan kini lebih baik dan terbuka untuk saya. Bekerja di bi’ah yang hasanah cukup menyenangkan serta waktu solat Jumaat yang lebih panjang berbanding sewaktu berkerja bersama tokoh politik pada awal tahun dulu amat membuatkan saya lebih lega. Sekurang-kurangnya adalah masa untuk pulang ke rumah menukar pakaian yang lebih elok untuk menghadap Ilahi. Walaupun, berkerja dan belajar pada masa yang sama agak meletihkan, namun jika niat kita di sandarkan kepada keikhlasan dalam ibadah kepada Allah, nescaya apa yang di laksanakan akan di pemudahkan. Sesuai dengan firman Allah, “In Tansurullaha Yansurkum Wa Yusabbit Aqdaa makum” bermaksud, “Jika kamu menolong Agama Allah, maka Allah pasti akan menolong kamu dan memperteguhkan lagi pendirian kamu”

 Mudah-mudahan segala apa yang di rancang akan menjadi kenyataan. Apa lagi impian setelah semua ini Berjaya di peroleh? Ermm..mungkin berkahwin lah kut..???

HIDUP PERPADUAN!

Posted: Januari 18, 2009 in Kemahasiswaan

tangan1Tersenyum saya membaca ulasan untuk artikel saya yang terbaru bertajuk “akhirnya”. Ya, sangat panas hingga mencecah ribuan pengunjung lebih-lebih lagi dalam musim pemilihan MPMUM sesi 2008/2009 ini yang saya kira antara yang paling sengit dalam sejarah. Ada yang menyokong dan ada pula yang mengkritik. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih mereka yang menyampaikan pandangan.

 

 

Tuan pembaca yang budiman,

 

                Artikel tersebut adalah luahan hati saya, tulus terbit dari isi hati saya. Ianya ikhlas buat teman-teman saya yang sama berjuang untuk agama, bangsa dan Negara. Saya tidak terlalu kisah sekiranya di gelar hati kecil asalkan saya yakin bahawa jiwa saya tetap besar. Sekurang-kurangnya saya masih mempunyai hati berbanding sesetengah mereka yang langsung tiada hati kosong jiwa.

               

Saya cukup insaf dengan fenomena yang berlaku pada hari ini. Kemusnahan kasih sayang dan hilangnya perikemanusiaan. Manusia menjadi cukup mementingkan diri. Kemenangan dunia sementara di agung-agungkan. Entahlah, sayu hati mengenangkan semua ini.  Lebih-lebih lagi dalam musim Pemilihan MPMUM ini, segalanya bagai hancur berkecai.  Apalah sangat yang hendak di kejarkan di peringkat MPMUM? Elaun?Pangkat?Glamour??

 

Hari ini, fitnah berlaku dengan cukup berleluasa. Sedangkan Rasulullah sendiri telah mengingatkan bahawa pada akhir zaman nanti fitnah itu akan berleluasa sebagaimana buih-buih yang timbul di lautan. Fitnah menjadi alat politik. Fitnah menjadi kunci utama untuk menggapai kepentingan individu mahupun parti. Bahkan saya sendiri telah menjadi mangsa fitnah tersebut. Kita cukup hairan dengan senario ini.

 

Pembaca sekalian,

 

                Saya juga mula sedar, dan saya mula yakin langkah yang di aturkan ini sebenarnya bukan makin mundur bahkan semakin gagah melangkah. Menghapuskan budaya fitnah, penipuan, politik luar serta unsur-unsur sosialisme tidak kira sama ada kiri atau kanan dalam pemilihan MPMUM ini. Saya sedar dalam perjuangan sememangnya menuntut pengorbanan yang sangat besar. Pengorbanan yang mampu membunuh kehidupan, menjahanamkan kasih sayang dan menafikan hak asasi manusia sejagat.

 

                Rakan mahasiswa sekalian, ayuhlah bangkit berjuang! Kita hapuskan suara-suara dangkal berbau politik luaran, kita basmikan fitnah-fitnah yang maha dasyat yang akan memercikkan api perkauman, kita pastikan suara mahasiswa suara keramat menggegar dunia kemahasiswaan!!

 

Hidup Perpaduan! Hancur Perpecahan!

UM IS ONE!

 

UM Mesti Memimpin

Posted: November 13, 2008 in Kemahasiswaan

dr-gauth

 

“The Student Of University Of Malaya Must Lead Others!”. Teringat saya kata-kata Y.Bhg. Profesor Datuk Dr. Gouth Jasmon dalam pertemuan beliau dengan barisan kepimpinan kolej-kolej kediaman pada petang tadi. Sebelum bertemu dan melihat beliau, terbayang di benak saya bahawa beliau pasti akan datang sedikit lambat dalam majlis ini. Maklumlah, sebagai Naib Canselor baru Universiti Perdana ini pastilah banyak urusan dan pelbagai pihak harus di temui. Lebih-lebih lagi ianya adalah hari kedua beliau secara rasmi menjalankan tugas-tugas sebagai Naib Canselor.

 

 

Rupa-rupanya tekaan saya silap sama sekali, bukan sahaja datang tepat pada masanya, bahkan beliau cukup ramah dengan semua pimpinan mahasiswa kolej kediaman yang hadir. Mudah-mudahan Prof. tetap konsisten dalam hal-hal begini. Mahasiswa sentiasa memerhatikan dan menilai Prof. dari sudut pandangan tersendiri. Memulakan amanat beliau, beliau menceritakan pengalaman beliau sewaktu belajar di Universiti Of London, bagaimana keperitan belajar di tempat orang, dalam suasana yang cukup asing. Beliau pernah hampir di cederakan dalam pergaduhan dengan mat-mat saleh yang mabuk di mana sentiment anti-asia masih menebal ketika itu. (more…)

SYABAS kepada SYABAS!

Posted: Oktober 18, 2008 in Kemahasiswaan

 

          Mahasiswa mengucapkan SYABAS kepada SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) atas kegagalan mereka dalam menangani masalah bekalan air di Universiti Malaya. Masalah gangguan air yang berlaku selama 3 hari iaitu pada 14,15 dan 16 Oktober lalu dengan pengeluaran notis yang lewat telah menyebabkan beribu-ribu mahasiswa kolej kediaman terpaksa menghadapi kesukaran ketiadaan air. Jumaat lalu, 17 Oktober, jam 12.15 tengahari, sekumpulan mahasiswa rata-rata yang menginap di Kolej-kolej kediaman Universiti Malaya bangkit menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap isu gangguan bekalan air di Kolej-kolej kediaman.

          Dengan membawa sepanduk berbunyi “Hentikan Gangguan Air!” ”Kami Mahu Air”, ”Tolong Cepatkan Pembaikpulihan”, Syabas; Syarikat Bantut Air Selangor” dan sebagainya, mereka berhimpun beramai-ramai di hadapan Canseleri dan Dewan Tunku Canselor bagi menyatakan bantahan terhadap mutu pengurusan air di UM. Menurut seorang aktivis mahasiswa Sdr. Luqman Hakim Roslan, ”keadaan air yang seringkali terbantut ini akan menyebabkan kesukaran kepada mahasiswa terutama sekali dalam musim-musim peperiksaaan”. Seorang lagi aktivis mahasiswa, Sdri. Wan Hui Sim menyifatkan masalah air ini sebagai kegagalan besar pihak SYABAS kerana masalah ini bukan berlaku sekali dua bahkan lebih dari 4 kali walaupun surat dan memo telah di sampaikan kepada pihak JPPHB dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Profesor Dr. Khaw Lake Tee.

          Perhimpunan selama 30 minit itu di mulakan dengan ucapan beberapa pemimpin mahasiswa dan di susuli dengan penyerahan memorandum tuntutan kepada pihak SYABAS oleh Sdr. Wan Mohd Hasif, Sdr. Khairul Anwar, Sdr. Luqman Hakim, Sdr. Azril Aiman dan Sdr. Taufiq Azzain. Wakil Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Amin Jalaluddin yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan ketika di temui berkata Pihak Universiti berjanji akan memastikan masalah gangguan air ini dapat di atasi dengan kadar yang segera. Menurut beliau lagi Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS sendiri akan turun padang bagi melihat dan membuat pantauan dalam masalah ini.

          Perhimpunan aman yang di kawal ketat oleh Anggota Keselamatan Universiti itu bagaimanapun berakhir dengan baik. Gema laungan ”Hidup Mahasiswa!” serta ”Bonda, kami mahu air!”  menutup tirai perhimpunan khas mahasiswa pada pagi tersebut.