Archive for the ‘Nasional’ Category

Perundangan, Sultan atau Kuasa

Posted: Februari 8, 2009 in Nasional

insidepix1Pening! cukup memeningkan melihat satu senario yang berlaku di Perak kini. Seluruh negara kini memerhatikan hikayat kisah politik negara yang penuh jenaka. Tokoh politik veteran sendiri tidak menjangkakan dan langsung tidak pernah terbayang tentang perihal keadaan sebegini akan terjadi di negeri Perak.

Sultan membuat keputusan setelah mempertimbangkan bidang kuasa baginda dalam undang-undang tubuh negeri dan mengambil kira faktor-faktor luaran yang lain yang tiada di dalam bidang kuasa undang-undang tubuh negeri. Dan akhirnya memberi peluang buat BN memperoleh laluan membentuk kerajaan negeri. Sudah pasti baginda sbg mantan Ketua Hakim Malaya serta di bantu anakanda Raja Dr. Nazrin yang cukup arif dalam bidang perundangan mempunyai hujah tersendiri. Tersilap atau tidak dalam membuat keputusan? Rabbul Jalil lebih mengetahui.

Perundangan negara pula membenarkan pertukaran kuasa ini dengan syarat pembubaran DUN harus di lakukan serta di adakan satu pemilihan yang baru bagi menggantikan kerajaan yang telah di bubarkan. Maka berlaku pertindihan dalam perlaksanaan bidang kuasa ini.

Alahai..dangkalnya undang-undang dan sistem demokrasi yang di agung-agungkan manusia…

Buat DS Najib Razak, D Zambry Kadir, DS Anwar Ibrahim dan DS Nizar Jamaludin, tamatkanlah drama ini. Rakyat naik pening!

Advertisements

BELASUNGKAWA BUAT NEGERI SEMBILAN

Posted: Disember 28, 2008 in Nasional

tuanku-jaafar

 

Al-Fatihah.

 

Walaupun saya bukanlah anak jati Negeri Sembilan, namun negeri tersebut mempunyai kisah tersendiri dalam hidup saya.

 

Hari ini, Raja yang memayungi kedaulatan negeri tersebut telah di panggil menghadap Raja kepada segala Raja, Allah S.W.T.

 

Pengebumian jenazah akan di laksanakan pada hari Isnin ini iaitu 3 hari selepas kemangkatan baginda. Perkara ini mungkin menjadi sedikit persoalan kepada orang ramai tentang perihal pengurusan jenazah.

 

Tidak berkait dengan kemangkatan baginda, kadang-kadang saya terfikir apakah kemuliaan di atas sama seperti kemuliaan di bawah sana?

 

Apapun, kehilangan baginda TYDP sudah pasti merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Negeri Sembilan dan Malaysia khasnya.

bm2

 

Isu PPSMI sudah lama di ketengahkan. Bukan sehari dua, tapi lebih 6 tahun sejak pelaksanaannya di laksanakan. Pelbagai pihak menyatakan pandangan yang berbeza. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang.

 

Tak kurang juga ada yang menyatakan ugutan dan melemparkan amaran kepada pihak Kementerian Pelajaran. 6 tahun dahulu, di saat Tun Dr. Mahathir berkuasa, tidak ramai yang berani bersuara. Kalau ada pun hanyalah sekadar “diam tanpa menggeleng” ibarat kura-kura yang hanya menjengilkan kepala bila di usik cengkerangnya.

 

Saya? Menyokong tidak, membantah pun tidak. Tapi, saya punya pandangan saya tersendiri.

 

Usaha untuk memahami prinsip dan konsep sesuatu ilmu memerlukan sistem komunikasi yang jelas di antara pengajar dan penuntutnya. Sebarang kesilapfahaman dalam memahami konsep boleh menyebabkan seseorang itu terkeliru dan mengamalkan ilmu yang salah. hisham

 

Ya. Maka, bertepatan dengan suasana penyuburan ilmu di Malaysia, Bahasa Malaysia lah bahasa rasmi yang wajib menjadi bahasa perantara dalam memahami konsep sesuatu ilmu.

 

Namun, usaha mengembangkan lagi ilmu pula menuntut komunikasi yang pelbagai khususnya dalam bidang sains dan matematik yang pastinya buku rujukan tentang subjek tersebut banyak terdapat di dalam bahasa inggeris.

 

Nah sekarang, apa kata pengajaran sains dan matematik di peringkat rendah, gunakanlah Bahasa Malaysia sepenuhnya bagi memupuk dan memberi kefahaman yang jelas kepada murid-murid agar mereka tahu bahawa heroin itu harusnya di gunakan dalam perubatan dan bukannya untuk melepaskan gian, agar mereka tahu bahawa seks itu nikmat Allah apabila ikatan perkahwinan di meterai dan menghalalkan mahram dan bukannya sebelum perkahwinan, agar mereka tahu sains dan matematik itu gunanya untuk kebaikan bukan kea rah keganasan.

 

Seterusnya, di peringkat menengah atas pula, laksanakanlah pula dalam bahasa Inggeris bagi memperkembangkan lagi disiplin ilmu yang sedia di miliki. Agar dapat di kreatifkan lagi mindanya, agar dapat di pesatkan lagi pemikirannya lantas kita dapat melahirkan golongan pemuda-pemudi yang benar-benar memahami disiplin ilmu yang di pelajari.

 

Dan jika dapat, usaha memperkasa bahasa perkembangan ilmu ini bukan sahaja dalam bahasa Inggeris, tapi juga dalam bahasa Arab, Perancis, Mandarin dan lain-lain.

 

Walau bagaimanapun, saya kira cadangan, pandangan, ugutan mahupun sindiran daripada pelbagai pihak mungkin sukar untuk mengubah polisi dan dasar yang sedia ada. Pindaan pelaksanaan ini mungkin boleh di laksanakan seawal 2010 namun, perlu di ingat sedikit kesilapan boleh mendatangkan akibat yang lebih buruk kepada kepada bahasa Malaysia itu sendiri.

 

Dato’ Hisham, fikir-fikirkan!

Kamilia Perlu Berani

Posted: November 22, 2008 in Nasional

kamilia-ibrahim

 

Di mana-mana dada akhbar mutakhir ini cukup rancak membicarakan isu peralihan kuasa atau lebih tepat lagi perebutan kuasa Ketua Wanita UMNO. Persaingan yang melibatkan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sememangnya sudah di jangka di saat perwakilan wanita yang lain sangat bersungguh-sungguh ingin melihat kedua-dua srikandi pertiwi UMNO ini beradu tenaga di padang yang sama rata.

 

Rupa-rupanya, di celah-celah kekalutan ini, tersembunyi seorang lagi srikandi “supersub” iaitu Exco Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang cukup licik berperanan. Dengan hanya 56 pencalonan sebagai Naib Ketua Wanita sudah mencukupi bagi Kamilia untuk bertindak sebagai figure utama wanita serta berperanan besar dalam membentuk gagasan awal pergerakan wanita sebelum Pemilihan Mac 2009 nanti. (selanjutnya…)

 

          Pemilihan peringkat tertinggi UMNO sebagaimana yang di jadualkan pada Mac 2009 ini bakal mencetuskan satu lagi senario “relations conflict” di kalangan ahlinya. Sebagaimana kemusnahan dan kehancuran kasih sayang yang di “nikmati” akibat kesan Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, pemilihan kali ini juga di lihat akan meruntuhkan lagi apa yang di namakan “Unity in the making” yang di usahakan oleh pencinta-pencinta keamanan selama ini. Apa tidaknya, perebutan jawatan tertinggi parti kini sudah menjadi priority dan keutamaan bagi calon-calon yang ingin bertanding. Kononnya, asas pencalonan mereka adalah kerana yakin akan memulihkan kapal UMNO daripada terus karam dan ligat berputar-putar untuk tenggelam. Walhal, ummah menilai bahawa pimpinan yang selayaknya di angkat mestilah pimpinan yang menjunjung daulah islamiyyah dan bukannya daulah wataniyyah semata-mata.

          Ahli-ahli kini menunjukkan sokongan yang berbeza-beza terhadap pimpinan. Di sini, apa yang di takuti, “politik wang” mula bermaharajalela. Hasilnya, asas dan dasar pencalonan tadi mula bertukar kepada hasrat yang kuat untuk memenangi jawatan. Keegoan diri mula memenangi hati di saat ini. Ternyata, hasil apa yang di katakan sebagai DEMOKRASI (Kononnya acuan Malaysia ini) sentiasa GAGAL!

          Bukan bertujuan merendah-rendah dan memperlekehkan sistem demokrasi beparlimen negara, namun, selagi ummah tidak menjadikan Siasah Islamiyyah sebagai metodologi pemilihan pimpinan, maka selagi itulah senario ini akan terus berlaku. Buat Jemaah Islami, sentiasalah berwaspada, kerana semakin kuat dan teguh kekuatan kita, semakin mencabar mehnah dariNya kepada kita.