Archive for the ‘Suara rakyat’ Category

 

60 tahun yang lalu, rakyat cukup menderita akibat penjajahan Jepun ke Tanah Malaya. Berapa ramai orang-orang Malaya ketika itu mati di hujung pedang algojo Jepun. Berapa ramai rakyat ketika itu di hantar ke Burma untuk di jadikan buruh kasar landasan kereta api maut.

 

Hari ini, keadaannya berbeza. Kita mula mengiktiraf mereka. Kita mula menjadikan mereka sebagai satu dasar baru untuk di ikuti.

 

Dan hari ini (lihat UM 19 Dis 08) , kita sekali lagi meletakkan Jepun sebagai “guru-guru” untuk mengajar anak bangsa kita di tanah air kita sendiri. Cuma bezanya, penjajahan kali ini bukan lagi secara fizikal, bahkan lebih kepada intelektual.

 

Mungkin ada kelebihan boleh di ambil daripada penubuhan Universiti ini di Tanah Malaysia. Dari sudut ekonomi mahupun politik mungkin ada keberuntungan yang boleh di dapati. Namun, di sebalik keputusan persetujuan ini, pasti ada yang berduka.

 

Belasungkawa buat Institusi pendidikan tanah air!

Tamat sudah berita kg berembang, muncul pula isu kemanusiaan di Kg.Plentong Tengah, Johor Bharu. Kampung yang mempunyai keluasan kira-kira 113 ekar itu di buka untuk penempatan rakyat di percayai di bangunkan 25 hingga 30 tahun yang lalu. Dengan hampir 310 buah rumah di diami oleh majoriti orang Melayu, jumlah penduduknya di anggarkan mencecah 2000 orang.

 

Tragedi perobohan rumah-rumah penduduk kampung tersebut yang bermula pada jam 10 pagi, 16 Oktober lalu benar-benar menyayatkan hati saya. Apa tidaknya, rayuan seorang ibu, sambil mengendong anaknya, orang-orang tua serta anak-anak kecil bagaikan suara vakum yang tidak memberi apa-apa perasaan belas kepada pihak berkuasa dan pihak pemaju untuk menimbangkan semula permintaan penduduk kampung agar kediaman tercinta mereka tidak di robohkan. (selanjutnya…)