Archive for the ‘Sukan dan Rekreasi’ Category

Jaguh Dan Juara

Posted: Oktober 26, 2008 in Sukan dan Rekreasi

“Apa daa..!buat habis masa aku je!” ,”Santhianathan, bek ko ajar player Malaysia ni tarian ballet lagi bagus laa”, “Sepak penalty pun tak masuk! Poo dah!”. Ini antara rangkuman komen peminat yang mengharapkan kemenangan BESAR skuad bola sepak negara. Ternyata, bukan sahaja hampa bahkan rasa menyampah dan mual dengan keputusan yang sudah biasa di capai oleh skuad negara dalam perlawanan final Pestabola Merdeka menentang skuad REMAJA Vietnam itu.

 

Biasalah, hanya 130 minit sahaja komen yang positif bertukar negatif. Jika sebelum perlawanan, para peminat cukup yakin dengan kemampuan pasukan negara rentetan kemenangan besar tidak kurang daripada 4 gol sepanjang perlawanan apatah lagi benteng gol negara tidak pernah di robek sebagaimana perlawanan semalam, namun selepas perlawanan, apa lagi yang mampu di kata, pastilah cacian dan makian di terima. (selanjutnya…)